#AOTY | Editor’s Pick 2022
Tibalah masa untuk Editor’s Pick untuk tahun 2022 yang nama lainnya AotY 2022 (walaupun bukan setakat album saja, lain format pun mungkin ada). Untuk tahun ini, senarai saya mungkin kurang bloated berbanding tahun 2021 (yang menyenaraikan hampir 40 releases!). Tahun ni, kecil sedikitlah for numerous reason.
Pertama sekali, bilangan team DtE sebenarnya mengecil hanya kepada saya seorang yang mengoperasikan hampir keseluruhannya, kecuali radio show ‘Radio Khaos – Weekly Pick’ yang dikendalikan oleh teman universiti saya/jurugambar DtE dan juga webmaster DtE. Huh, web? That’s right! Kami dah ada laman web sendiri semenjak sebulan lepas. Selepas berhempas-pulas mengeksport content yang berjumlah hampir 12 tahun, anda sekarang membaca semua yang terkini daripada kami di laman web rasmi DtE! Jadinya inilah sebab pertama senarai tahun ini kecil sedikit, busy gila sebenarnya.
Keduanya adalah keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Ingatkan lepas MCO habis takdelah nak kena COVID-19 ye tak? Salah tu. Tahun ni saja saya dah kena 2 kali dan kali ke-2 nampaknya lebih teruk dengan kesan Long Covid. Dalam kejadian (yang mungkin) tak berkaitan, saya juga dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung beberapa hari selepas tamat kuarantin. So, 2022 is not really a good year for me. In some ways, saya telah paksa diri saya bekerja lebih keras and I paid the price. Insaflah juga sekejap. Akibatnya, reviews tahun ni tidak berapa konsisten but probably for the better. Saya tidak perlu paksa diri untuk mendengar setiap keluaran yang diterima. So I might missed some AotY-worthy releases but I think I hit my limit. I will do better (but also smarter) next time.
Baiklah, tak perlu menceceh lagi panjang (dah ada laman web ni sedap sikit tulis panjang, kalau tak kena limit characters kat Instagram posts). Saya telah finalized senarai saya dan inilah Editor’s Pick 2022. Kriteria-kriteria yang saya tetapkan tidaklah kompleks; terbitan yang disenaraikan perlulah obviously catchy, signifikan terhadap genre dimainkan dan mempunyai ‘x-factor’ untuk buat saya kembali dengar berulang-kali.
Descent – Order of Chaos [Brilliant Emperor Recors/Caligari Records/Redefining Darkness Records]
Descent has an excellent track record in my books. Terbitan sebelum ini ‘Towers of Grandiosity’ pada 2018 menunjukkan kemampuan mereka sebagai generasi HM-2 Death Metal/OSDM Australia baharu yang cukup mengancam. Dengan riff chainsaw ala Swedeath Metal berinspirasikan otai-otai seperti Dismember, Entombed dan Bloodbath, unit OSDM Australia ni took it few notches above dengan intensity Grindcore/Hardcore Punk selain menyelit stail Black Metal, menjadikan sound Descent bagaikan bertemu antara old school dan new school. It worked like a charm. Order of Chaos adalah improvement daripada Towers of Grandiosity dengan execution yang lebih garang dan sound yang merabakkan telinga. Paling penting adalah album ini all killer, no filler. Dengan tempo yang bertubi dan permainan yang right in your face, saya boleh membayangkan live show mereka cukup ngeri dan pecah kepala, hence the reason of this album is one of my pick for Album of the Year.
Sylvaine – Nova [Season of Mist]
Saya mengikuti karier Kathrine Shepard dari album pertamanya Silent Chamber, Noisy Heart. Semenjak itu Sylvaine menunjukkan massive improvement dalam menggaulkan sound Atmospheric Metal dengan Post-Rock, although arguably earlier material beliau hardly a Metal release. Nova menyaksikan Sylvaine bagaikan lahir semula dengan sound lebih agresif tanpa meninggalkan trademark sound beliau; banshee wailing, nyanyian merdu lagi ethereal dan stail Post-Metal yang beremosi melambung ke langit serta menambah blastbeat yang memperkayakan tekstur Nova. Ini adalah antara massive improvements dalam diskografi Sylvaine. Don’t sleep on this.
Reputdeath – Dissecting Goryfication [Necrolatry Records]
Hero OSDM/HM-2 Death Metal tempatan, Reputdeath masih kental dengan aesthetic dan etika undergroundnya dengan menerbitkan demo serta mengeluarkannya dalam format kaset (dan ada juga format lain kemudiannya). Berbanding dengan demo Slurking, Reeking, Leeching yang majoritinya dalam mid-tempo, demo ini menjadi lebih extreme dengan memperlahankan tempo ke territory Doom/Death Metal yang merangkak namun masih berbisa. Approach sebegini pada saya menjarakkan mereka daripada kontemporari OSDM tempatan lain di kala ada yang nak jadi straight-up Bolt Thrower dan Dismember worship, mereka pula seakan dipengaruhi early Paradise Lost dan Anathema. Killer demo, impressive output, hence the reason they’re in the list.
Somali Yacht Club – The Space [Season of Mist]
Geng Psychedelic/Stoner/Post-Rock Ukraine ini mengeluarkan The Space ketika konflik Rusia-Ukraine sedang memuncak. Jika ini bukan dedikasi, apa pulak kita nak panggil? The Space terasa santai dan hanyut dengan feel Psychedelic dan Post-Rock yang dimanifestasi dengan dinamik quiet-loud, build up yang memuaskan nafsu Mat Post-Rock dan overall yang terasa dreamy. Seperkara yang buat saya hooked dengan The Space adalah keupayaannya menjadi berat without necessarily being loud and in your face the whole time.
Finsmoonth – Affliction [Northern Silence Productions]
Saya sebenarnya iri hati dengan band-band extreme dari negara jiran, Indonesia. Keupayaan mereka untuk churn out terbitan berkualiti made me wish scene Malaysia berevolusi menjadi setaraf mereka. Finsmoonth mengeluarkan album terkininya Affliction yang menghidangkan Melodic Black Metal dengan Post-Rock/Metal passages. Mendengar Affliction memberi saya feel melancholic dan hopeful pada masa yang sama. Album yang ditulis dan dilaksana dengan baik ini menjadi soundtrack yang sesuai ketika berdiri di jendela di waktu hujan merenung kegagalan hidup. A well made album that should be an inspiration to our local bands.
Tableau Mort – Visio In Somniis [Cult of Parthenope]
Terbitan terkini unit Black Metal UK ini bermandikan aesthetics Orthodox Christianity yang memberi aura misteri dan mistikal, reminiscence of Batushka. Visio In Somniis adalah terbitan yang intense dengan approach Dissonant Metal ala Deathspell Omega dan diperkayakan dengan instruments non-standard Metal seperti horns dan strings untuk memberi tekstur yang pelbagai dalam album ini. Ia terbitan yang gelap dan buat saya ketagih nak ulang dengar. Kadang-kadang, terbitan boleh jadi catchy jika band berani branch out dan mencuba stail yang non-standard dalam Black Metal. It worked plus execution Tableau Mort yang kemas dan dipakejkan dengan aesthetics menarik.
Exaltation – Under Blind Reasoning [Sentient Ruin Laboratories]
Band Death Metal dari New Zealand ini mendemonstrasikan stail mereka yang mengoyak muka dan mematahkan tulang belakang akin to Death Metal veterans seperti Morbid Angel, Incantation, dan Blasphemy. Under Blind Reasoning adalah album yang devastating dengan tone gitar yang torturing dan overall performance yang terasa apocalyptic. Album ini bijak mengekalkan dinamiknya dari awal ke habis dengan kegarangan tak bertepi dan tanpa gimik tak perlu. This is Death Metal at its best; huru-hara, tiada belas kasihan dan sticks to it classic Death Metal roots.
Altars – Ascetic Reflection [Everlasting Spew Records]
Altars adalah bukti yang Australia kini menghasilkan antara band-band extreme terbaik dunia. Ascetic Reflection menjamu pendengar dengan gaya Dissonant Death Metal yang herot-berot dan disorienting dengan struktur yang chaotic dan permainan yang aneh. Seperti band-band Dissonant seangkatan, mereka tidak lari daripada permainan gitar yang merayau, diiringi dram seperti machine gun dan laungan vokalis persis raksasa. Lama-lama dengar boleh jadi serabut kepala dek naturenya yang kelam-kabut, but I love it.
Liminal Shroud – All Virtues Ablaze [Willowtip Records]
‘Sejuk-sejuk, hutan-hutan’ adalah istilah yang saya gunakan untuk menggambarkan terbitan Black Metal yang beratmospheric dan melancholic. Liminal Shroud memainkan Black Metal yang in some ways mengingatkan saya kepada Cascadian Black Metal; riffs yang mournful tanpa meninggalkan execution yang brutal. All Virtues Ablaze tetap berat namun meninggalkan kesan sebagai terbitan Black Metal yang catchy. Pada saya ia adalah contoh North American Black Metal yang decent dengan memorable songs dan execution. Kalau anda peminat Falls of Rauros atau Panopticon, this could be your new favourite band.
Heilung – Drif [Season of Mist]
Saya menyukai pengalaman muzik yang mempunyai take home value. Muzik Folk terutamanya sentiasa mempunyai nilai-nilai dan penceritaan sejarah untuk saya mendapat insight tentang budaya lain. Pengalaman pertama kali mendengar Heilung terasa seperti travel back to time dengan muziknya yang kaya dengan feel spiritual. Drif mengumpulkan jampi-serapah, sajak dan penceritaan yang merentasi pelbagai budaya daripada Pre-Viking, Roman hinggalah ke Timur Tengah dalam pelbagai bahasa. Tentulah saya sepatah haram tak faham tapi untunglah setiap lagu ada penerangan menceritakan latarbelakang dan idea. Heilung bermatlamat untuk menunjukkan yang manusia semua sama sahaja tak kira dari mana pun dan Drif (serta keluaran sebelumnya) adalah manifestasinya. Bak kata jampi pembuka show mereka ‘kita semua adalah bersaudara…’
Writhing – Of Earth & Flesh [Everlasting Spew Records]
Semenjak mendengar EP mereka pada 2020, saya memang aim yang Writhing akan jadi antara kuasa Death Metal Australia di akan datang. Album sulung mereka yang keluar pada 2022 sememangnya bertaraf weapon grade dengan 8 trek yang devastating. Of Earth & Flesh mempunyai kualiti Death Metal yang chaotic dan messy untuk obliterate pendengaran anda. Dengan permainan gitar yang mengingatkan saya kepada Morbid Angel dan vokalis yang seakan mempunyai portal dari neraka dalam tekaknya, amat mustahil untuk saya katakan tidak kepada Writhing. Mereka takde masa nak gimik, sebaliknya berpegang pada matlamat untuk datang dan musnahkan segalanya. Saya yakin peminat tegar Death Metal pasti menggelinjang kegembiraan dengan Writhing.
Gaerea – Mirage [Season of Mist]
Unit Cathartic Black Metal Portugal ini sebenarnya came from a long way. Dari zaman bernaung di bawah Transcending Obscurity hinggalah kini bersama Season of Mist, Gaerea menunjukkan massive improvement. Mirage adalah keluaran terkini mereka di zaman pasca-pandemik and it’s a killer one. Nampaknya waktu terperap dalam lockdown jadi bermanfaat untuk mereka menulis, merakam dan mengeluarkan album yang ticked all the boxes. Mirage adalah gambaran perasaan yang tertekan, loneliness, ketakutan dan jerih-payah menghadapi dugaan hidup ini. Semuanya bottled-up dan dizahirkan dalam pengalaman penuh cathartic ini. No questions asked.
An Abstract Illusion – Woe [Willowtip Records]
Selalunya saya akan stay clear daripada Progressive Metal memandangkan kebanyakan terbitan saya dengar cenderung untuk jadi berjela panjang semata-mata nak tayang skill. Tapi berbeza dengan An Abstract Illusion dari Sweden yang menjalin sound Atmospheric Death Metal, Jazz, Ambient dan Electronica dalam satu album. Sounds like overdoing it? On paper, yeah tapi Woe mempunyai execution yang cemerlang. Semua trek (in total berdurasi 60 minit) terdengar seamless dengan semua influences tadi. Yang penting Woe terasa beremosi dan merentap perasaan. Cherry on top semestinya Woe mempunyai kadar brutality dan beauty yang seimbang, menjadikan pengalaman mendengar Woe cukup berbaloi. Jika anda mencari riffs yang blistering, solo yang menyelam ke dalam jiwa, dinamik yang cantik dan pengalaman audio yang seamless, Woe is the answer.
Jagindas – Orang Biru [Independent]
Duo Rock n Roll/Blues Malaysia ini hanya sekadar mempunyai EP yang dikeluarkan pada 2022, namun menjanjikan potensi yang bukan calang-calang. Pada saya genre ini bukan baharu, tetapi kurang trendy dalam sirkit Independent tempatan. Malah, biasanya anda akan dengar stail sebegini sama ada di bar atau exhibition seni (saya agaklah). Keberanian Jagindas untuk tampil berdua dan memainkan genre yang sedikit obscure patut dihormati dan at least diberi peluang. Orang Biru ditulis untuk dipersembahkan secara berdua, jadi ada feel raw dan minimalis di semua trek. Tetapi nyata sekali Orang Biru memang catchy dengan vibe Americana dalam bahasa ibunda. Paling penting, at least mereka tidak trendy!
Mascot – Permulaan [Independent]
Jika Mascot boleh digambarkan dalam satu perkataan, it’ll be JUJUR. Permulaan merupakan album pertama mereka yang dipenuhi dengan feel raw honesty, simplicity dan catchy digambarkan melalui sound Midwest Emo. There’s something interesting dengan tone gitar Mascot yang jangly dan almost technical kemudian dijalin bersama lirik yang tak hold back bersalut youthful innocence. Ada masanya terbitan yang catchy adalah yang mudah dan jujur. But clearly Mascot mempunyai knack in writing memorable songs, termasuklah di bahagian intro, interlude dan outro. Permulaan mempunyai appeal terhadap audiens independent dan arus perdana, so probably dengan terus-menerus menulis material yang menarik dan tour sana-sini, mudah-mudahan mereka boleh menarik perhatian label di luar sana. Atau mungkin saja mereka berupaya untuk ke luar negara, kenapa tidak? Only time will tell. Saya akan terus memerhatikan mereka dengan penuh minat.
Lamentations – Passion of Depression [Willowtip Records]
Banyak keluaran Willowtip Records tahun ini yang berapi hebatnya. Ini termasuklah daripada Lamentations, unit Progressive/Melodic Death Metal daripada pelbagai negara. Passion of Depression mendemonstrasikan Melodic Death Metal yang dipacu sentuhan Progressive yang definitely nak show off kemampuan mereka bermuzik. Which is fine by me, malah saya cukup terpesona dengan songwriting mereka yang catchy dan memorable. Sekali dengar macam early Opeth, early Cynic dan juga feeling-feeling kuntum seperti Eternal Tears of Sorrow (dengarkan juga clean vocals mereka yang masyuk). Turut menjadikan album ini lazat dan berlemak adalah kehadiran pelbagai gitaris hebat menyumbang solo-solo berapi. Kesimpulannya ini adalah pesta untuk pemuzik berkemahiran tinggi tayang skill masing-masing dan saya duduk di tepi dengan mulut ternganga. Ini adalah album yang dramatik, ditulis dan dilaksanakan dengan hebat.
Orm – Intet ∙ Altet [Indisciplinarian]
Saya sebenarnya tidak pernah mendengar nama atau material Orm sehinggalah dihubungi oleh label mereka sendiri. Unit Epic/Melodic Black Metal Denmark ini hadir dengan album terbarunya yang massive. In fact, ia adalah double album yang memakan sehingga 1 jam 30 minit! Intet ∙ Altet adalah album berkonsep dan cukup ambitious. Selalunya saya tak mampu nak hadap sejam setengah mendengar album, apatah lagi double album. Tetapi Intet ∙ Altet ditulis dengan cukup baik, mempunyai dinamik yang kompleks namun enjoyable dalam menceritakan stages of life. To be honest, ini adalah album yang beremosi dan beautifully written dalam gaya Black Metal yang bermelodik dengan kemasukan elemen lain seperti Atmospheric Metal dan Progressive Metal untuk melengkapkan penceritaan hidup mati dengan intricate (musically lah). Ia adalah pengalaman audio yang wholesome dan sorrowful, kalau anda reflect tentang hidup dan mati. Definitely bukan Black Metal standard.
The Atrophic – Coagulating Mirth [Independent]
Saya sebenarnya nyaris terlepas The Atrophic jika bukan show Radio Khaos memainkan satu trek daripada EP Coagulating Mirth. Diterbitkan sendiri, Coagulating Mirth menampilkan Melodic Death Metal yang highly technical mengingatkan saya kepada Quo Vadis, Arsis dan The Black Dahlia Murder yang huru-hara tapi masih menusuk jiwa dengan riff-riff catchy. Coagulating Mirth mengambil formula tipikal Melodic Death Metal dan menulisnya semula dengan menjadikan riff lebih berteknikal, brutality ditetapkan ke level 11 dan masih under control untuk pendengar tahu apa yang berlaku. Kebanyakan trek dalam EP ini adalah headbang inducing (dan juga menggalakkan anda hentak kepala orang lain) melalui execution yang takde belas kasihan untuk didengar banyak kali.
Ezophagus – Skeleton from the Nature [Goatlordth Records]
Ezophagus adalah antara pendatang baharu dalam stail HM-2 Death Metal di Malaysia. Keluaran terkini dalam format EP ini cukup relentless dengan sound buzzsaw yang ngeri dan brutal. Jika kebanyakan band sealiran mereka selesa bermain HM-2 Death Metal yang mid tempo, Ezophagus took it further dengan blasting menggila dan berpesta pinch harmonics untuk feel lebih sadis di samping menyelit tendency Hardcore Punk dalam pemainan mereka. EP ini mendemonstrasikan keupayaan mereka sebagai unit muzik yang berpotensi appeal kepada pasaran tempatan dan luar negara. Pada saya, Skeleton from the Nature adalah pakej muzik yang penuh brutality dan chaotic untuk pendengar yang mencari-cari versi HM-2 Death Metal tempatan. Saya curious untuk melihat trajectory career mereka dalam 5 tahun lagi.
Woods of Desolation – The Falling Tide [Season of Mist]
Saya memang menantikan follow-up daripada album ‘As the Stars…’. Kehadiran The Falling Tide daripada otai DSBM/Atmospheric Black Metal Australia ini bagaikan menyarung sepasang kasut lama yang selesa. It feels right. Sekalipun kini tanpa vokalis lama, Old, mereka tetap kental membawakan gaya Atmospheric Black Metal yang bercampur-baur antara Post-Black Metal dan DSBM yang berdiri antara emotionally soaring dan meremukkan jiwa. Kualiti rakaman dan adunan Woods of Desolation juga lebih baik berbanding sebelum ini namun the pain… the pain is still there menyebabkan saya rasa nak crawl under the comforter and cry. The Falling Tide adalah soundtrack untuk mereka yang inginkan catharsis setelah sekian lama memendam. They didn’t disappoint and I am happy (but also sad sebab ini album DSBM).
Ayyur – Hidden Rooms Session I [Xenoglossy Productions/Hidden Rooms Recordings]
Band exotic dari lokasi exotic. Ayyur berasal dari Tunisia dan memainkan Black/Doom Metal dengan kecederungan ke arah Ambient. EP ini kaya dengan feel mystic dan misteri yang memberi feel desolated di padang pasir. It’s just the way the EP is presented; heavy reverb, clean sound dan regional influences yang membuatkan pendengar terasa kecil dan insignificant. Saya terasa bagaikan berjalan di padang pasar yang tidak berpenghujung apabila mendengar EP ini and that makes the EP special. Ia membuatkan imaginasi saya run wild dan immersed in the music walaupun majoriti trek tidak mempunyai vocals. I cannot wait for the next chapter of this mystical journey.
Veilburner – VLBRNR [Transcending Obscurity Records]
HILANG WARAS untuk menggambarkan album VLBRNR sebenarnya adalah understatement. Terbitan terkini unit Dissonant Black/Death Metal AS ini sebenarnya memang deranged dan twisted untuk difahami pun. Seeloknya just strap yourself and enjoy the ride. Mendengar VLBRNR boleh disamakan seperti bad trip yang blur in between fantasy and reality. Dengan tone gitar yang herot-berot, sudden shift of tempo dan penggunaan efek aneh kepada vocals dan guitars membuatkan segalanya terasa horrifying dan claustrophobic. Jujurnya saya rasa nak mengerekot atas lantai dan mempersoalkan kewarasan saya. But in all honesty, ini adalah exploration mereka untuk menjadi lebih gila daripada sebelum ini. It’s a torture but also it takes a massive talent to work on such crazy album. Saya suka tapi juga hati kecil saya berkata ‘sudah-sudahlah tu!’
Hrad – The Forgotten Legacy [Weregnome Records]
Obsesi terkini saya adalah Dungeon Synth dan saya bertuah dapat mendengar keluaran terkini Hrad, band Dungeon Synth/Atmospheric Black Metal dari Perancis. Hrad mempunyai feel dan tema medieval: perang, maruah, naga, dan kehidupan kampung yang simple. Sisi Dungeon Synth Hrad menghidangkan sound yang lush, struggle untuk hidup di zaman knights and dragons dan hidup yang simple di countryside (sehinggalah kena raid). Manakala sisi Black Metal Hrad membawa feel epic perang dan kesetiaan kepada raja serta menumpaskan naga untuk ganjaran besar. It’s easy to like release like this kerana ia memainkan muzik kepada kisah fantasy selalunya mudah dihadam. Slaying dragon is obviously Metal, claiming hidden treasure is so Dungeon Synth. Gabungkan dua-duanya, anda dapat terbitan yang padat dengan markah epik.
Lunar Mercia – Leaving the Fragile Space [Independent]
Keluaran terkini band Post-Black Metal UK ini sebenarnya membuat saya ternganga kejap. Black Metal dengan selitan gaya Post dan choir ala Anglican Church? Leaving the Fragile Space mempunyai kualiti cinematic dan majestic tetapi masih berupaya menjadi Black Metal yang blistering dan face punching. Pada saya ini antara terbitan 2022 yang defy expectation saya yang (mungkin) mengubah expectation saya terhadap approach Post-Black Metal saya biasa dengar. Ia catchy, segar, unexpected dan all those bells and whistles yang datang dengan sub-genre ini. Kejap furiously membedal pendengaran, kejap uplifting macam God is an Astronaut, kejap lagi macam-macam la kesan emosi diberi. Semestinya it’s a pleasure to listen this kind of album, dan saya harap Lunar Mercia eventually akan dapat perhatian they so much deserve.
Jadi, inilah senarai Editor’s Pick saya untuk menutup 2022 yang banyak meninggalkan memori (lahh tiberr). Saya mewakili Dissecting the Euphony mengucapkan terima kasih kepada semua label, band, agensi dan pembaca yang menyokong kami semenjak dahulu lagi. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada contributor semasa dan bekas contributor yang membawa DtE ke tahap ini sekarang. To Fizrie, Contramen, Hanif, Kamil, Andy and Hidayah, this is for you. Panjang umur kita bertemu lagi di 2023.
Saya turut berbesar hati untuk menjemput anda jenguk senarai Terbitan Pilihan 2022 daripada Junklist dan Rondivu Mingguan Malaysia hari ini.
A.
25 Disember 2022.