Altars – Ascetic Reflection [Full Length, 2022]

0

Oh, Australia. Betapa banyak band-band hebat datang dari sana sampai saya sendiri jadi iri hati kalau nak dibandingkan dengan negara saya. Pagi ini saya mendengar Altars, sebuah unit Dissonant Death Metal dari Australia yang telah mengeluarkan album terkini mereka iaitu Ascetic Reflection yang dikeluarkan melalui Everlasting Spew Records. What. A. Mindblowing. Effort.

Dengan tone yang crushing serta tempo yang frenetic, Ascetic Reflection menjamu pendengar dengan 8 trek berpaksikan Death Metal yang chaotic dan dissonant yang mengingatkan saya kepada Ulcerate, Deathspell Omega dan Ad Nauseam. Permainan gitar yang merayau memberi feel disorienting. Paluan dram yang dah sampai tahap machine gun mencetus rasa panik ditambah pulak dengan vokalis bersuara raksasa membuatkan Ascetic Reflection terasa terrifying untuk didengar menjelang pertengahan album. Namun ini bererti Altars mempunyai execution yang tight terutamanya interplay antara gitar dan dram yang melengkapi sesama sendiri. Kadang-kadang gitar dan dram seakan hammering sesama sendiri. Punyalah ganas tak bertepi. Kagum saya dibuatnya. Ada masanya Ascetic Reflection terasa seperti saya terperangkap dalam mesin kisar dan dilumat dengan begitu sadis sekali. Setiap trek cukup punishing dan impressive, jadi saya tak nampak sebab untuk anda tidak mendengar Ascetic Reflection. Saya tak boleh mengelak daripada membandingkan Altars dengan Ulcerate dan Portal memandangkan ia mempunyai persamaan dengan kedua-dua band hebat ini, in some ways. Memang urghhhh, recommended.

Ascetic Reflection kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital.

FFO: Ulcerate, Deathspell Omega, Ad Nauseam, Gorguts, Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected