Reputdeath – Promo 2026 [Demo, 2026]

0

Jembalang-jembalang Doom/Death Metal Sabah, Reputdeath menutup 2026 dengan promo terkini mereka yang sekadar diberi tajuk Promo 2026. Dikeluarkan secara bersama oleh Necrolatry Records dan Tanaka Shoten, promo yang bertaraf demo ini menghidangkan 3 trek Doom/Death Metal yang merangkak lagi diselubungi aroma bangkai dan pissimistic. Masih berkisar gaya permainan gitar yang tajam menikam ala chainsaw (very much close to HM-2 Death Metal) dipandu tempo kereta mayat menuju ke kuburan, Reputdeath tetap obses dengan tema kematian dan takdir yang mereput 6 kaki ke dalam, and this promo is no different.

Promo 2026 dibuka dengan trek Rivers of Madness. It is what I expected from these Sabahan OSDM titans; gitar yang berat, tempo tahap mengensot dengan suasana pessismistic all over. Sekalipun dram majoritinya memainkan rentak Doom/Death Metal yang perlahan, ada masanya paduan pedal berkembar menerpa untuk jadikan pendengar disoriented, apatah lagi dengan start-stop dynamic yang deliberately dimanfaatkan sebaiknya. Vokal yang bergelumang kahak melengkapkan experience Reputdeath ini. Sorry takde nak main clean ke apa, yang dijulang hanyalah bunyian yang keji lagi hina.

It is what I expected from these Sabahan OSDM titans; gitar yang berat, tempo tahap mengensot dengan suasana pessismistic all over.

The Slow Collapse of Hope dimulakan dengan petikan bass yang kotor dan berbunyi sinister. Gitar kemudian menerpa masuk dengan permainan persis chainsaw diiringi permainan dram yang surprisingly laju. Vokal di trek ini selayaknya berbunyi zombie; dipaksa against his will, rotten to the core, gurgling lirik yang barely intelligible. Jijik betul. Dan solo gitar di trek ini melengkapkan the horrible experience dengan approach yang merayau-rayau, tapi pendek sangat pula! I love it, to be honest.

Tanpa gimik, tanpa trick murahan, hanya berat dan perlahan yang bertimpa-timpa untuk suffocate pendengar.

Trek penutup adalah Rotting Path of Sorrow. Sekali lagi, paduan vokal yang gurgling dan chainsaw riffs membalun pendengaran saya tanpa belas kasihan. At this point, jelas sekali Reputdeath berniat untuk menyeksa pendengaran saya dengan dragging me through three songs yang maha perlahan, claustrophobic, pessimistic dengan unmatched heaviness melalui approach OSDM/Doom/Death Metal mereka. Kualiti produksi adalah tipikal kepada gaya sebegini; primitif dan bingit. No frill, hanya crawling brutality and nothing less. Dengan running time 14 minit, release ini terasa amatlah pendek, despite setiap individual track bergerak perlahan dan devastating. Namun, lebih baik tidak puas mendengar disebabkan durasi pendek daripada tidak berpuas hati kerana hasil kerja yang selebet ye dak? Promo 2026 mengubati obsesi saya terhadap Doom/Death Metal yang sluggish dan berbunyi jijik. Saya menyukainya and that’s all I can say. Tanpa gimik, tanpa trick murahan, hanya berat dan perlahan yang bertimpa-timpa untuk suffocate pendengar.

Promo 2026 kini terdapat dalam format CD dan kaset

FFO: Autopsy, Eternal Rot, Anatomia, Undergang

Ikuti Reputdeath di laman sosial:

bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected