Review – Eximperituserqethhzebibšiptugakkathšulweliarzaxułum – Meritoriousness of Equanimity [Full Length, 2026]

0

Unit Technical Death Metal Belarussia, Eximperituserqethhzebibšiptugakkathšulweliarzaxułum telah pun mengeluarkan album penuh terkini mereka yang berjudul Meritoriousness of Equanimity melalui Willowtip Records pada awal 2026. Saya pernah mengulas album sebelum ini iaitu Šahrartu yang saya kira agak cemerlang kualitinya. And I’m happy to report Meritoriousness of Equanimity juga tidak kurang berapi hasilnya.

… album ini juga menampilkan kemahiran bermuzik mereka yang intricate dan sedikit lari daripada kebiasaan iaitu approach gitar yang clean serta inclusion clean vocals into the mix…

Meritoriousness of Equanimity menjamu pendengar dengan 34 minit Technical Death Metal yang berkualiti, daripada guitarworks tahap pecah muka kepada permainan bermelodic yang impressive hinggalah kepada ketepatan drumming yang jitu di samping laungan vokal yang in your face. Eximperitus tiada masalah untuk menulis dan memainkan riff yang highly technical tanpa belas kasihan, dan menariknya untuk album ini juga menampilkan kemahiran bermuzik mereka yang intricate dan sedikit lari daripada kebiasaan iaitu approach gitar yang clean serta inclusion clean vocals into the mix yang memberi lebih pengalaman sonik Death Metal yang segar, to put it lightly.

Twelve Centuries of Triumph of the Third Kingdom pula sekadar instrumental dengan clean electric guitar yang mengingatkan saya kepada intro lagu leleh Balada Rock Melayu (weird, I know!).

One Step Long Infinity membuka album ini dengan Death Metal assault yang teratur: monstrous vocals, riff yang in-your-face, drumming yang precise dengan uncomprimising brutality dan kelajuan yang huru-hara. Contemplation of the Plastic Fibers of Perfection at the Second Level of Reality menyusuli dengan guitarworks yang percussive dan catchy. Ini antara trek yang menyinar dalam album ini disebabkan songwritingnya yang simple tetapi effective. Twelve Centuries of Triumph of the Third Kingdom pula sekadar instrumental dengan clean electric guitar yang mengingatkan saya kepada intro lagu leleh Balada Rock Melayu (weird, I know!).

The Untimely Fruit of the Unsaid meneruskan kepelbagain style Eximperitus dengan bermain dengan tempo changes yang menggila.

Eximperitus meneruskan kepelikan mereka dengan Finding Consistency in the Fourth Quadrant of Eternity yang menyelitkan clean vocals yang actually boleh tahan, dan juga tanpa losing the Death Metal intensity. The Untimely Fruit of the Unsaid meneruskan kepelbagain style Eximperitus dengan bermain dengan tempo changes yang menggila. Begitu juga dengan trek-trek seterusnya yang mendemonstrasikan keupayaan mereka bukan setakat memainkan Death Metal yang teknikal tetapi juga menayangkan songcrafting yang bukan calang-calang.

Eximperitus tetap garang sebagaimana album Šahrartu sebelum ini: crisp production, healthy balance of backbreaking brutality and melodic playing.

Meritoriousness of Equanimity adalah testimoni bagaimana Eximperitus tetap garang sebagaimana album Šahrartu sebelum ini: crisp production, healthy balance of backbreaking brutality and melodic playing. Pada saya, it’s good enough. Tidak pretentious dan tidak juga annoying dengan gimik tak tentu hala (kecuali nama band yang panjang berjela, saya masih tak boleh move on). 

Meritoriousness of Equanimity kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset dan muat turun digital.

FFO: Nile, Decrepit Birth, Melechesh, Suffocation

Ikuti Eximperitus di media sosial:

Facebook

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected