#AOTY | Editor’s Pick 2024

0

Senarai Editor’s Pick keluar sangat lambat untuk tahun 2024. Malah boleh dikatakan hampir naik basi memandangkan 2025 dah berlabuh dekat sebulan lamanya. What to do? Jika saya perlu berikan alasan, Dissecting the Euphony sedang sibuk menjalankan tugasan publisiti untuk beberapa klien kami, jadi semestinya saya terpaksa bahagikan masa seadil-adilnya hingga Ediotr’s Pick pun terabai. Maaf! Jadi elok sajalah saya senaraikan dan move on kepada tahun 2025.

Resin Tomb – Cerebral Purgatory (Transcending Obscurity)

Scene Metal Australia terus-menerus mengagumkan saya dengan terbitan yang top notch. Resin Tomb adalah contoh band dari sana yang mengeluarkan material yang menggegarkan persada Metal antarabangsa. Cerebral Purgatory adalah terbitan berkiblatkan HM-2 Death Metal dengan kecenderungan Dissonant Death Metal yang sludgy. Mendengar album ini memberikan sensasi yang dizzying di samping kena hentak dengan bata ke muka. Dengan tempo yang unforgiving dan dinamik yang berubah-ubah serta merayau-rayau, Cerebral Purgatory pantas menangkap perhatian saya. Satu buah tangan sulung yang brutal dan menetapkan standard yang tinggi untuk keluaran Death Metal Australia

Belore – Eastern Tales (Northern Silence Productions)

Sebelum ini saya sekadar dengar Belore dengan tidak serius dan pigeon-holed muzik mereka sebagai Summoning worship lantaran tema dan vibe yang hampir serupa: high fantasy. Tapi saya terbuka hati untuk mendengar Eastern Tales in its entirety dan pandangan saya sedikit berubah. Pertama sekali, they’re definitely bukan Summoning fan boys, at least not full-on worship mereka lah. Kedua, melalui Eastern Tales, Belore menghidangkan output yang pretty much cinematic dan membangkitkan feel seakan-akan companion music kepada filem seperti Chronicles of Narnia, Dragonheart dan yang seangkatan dengan persembahan muzik yang mempesona, case in point, trek pertama yang dihiasi dengan choir dramatik, trek kedua dengan tiupan seruling dan clean vocals yang melengkapi execution Atmospheric Black Metal bawaan mereka. Muzik yang sesuai buat kaki material Tolkien.

Aktadiri – Imaginasi (Independent)

Saya tak pasti sewaktu saya menulis ni Aktadiri dah mempunyai audiens yang lebih ramai berbanding kali pertama saya tuliskan ulasan single pertama mereka. Unit Alternative/Shoegaze ini membuatkan saya peram EP ini berbulan lamanya untuk menikmatinya luar dalam. Sebagaimana saya selalu cakap, Shoegaze ni bukanlah genre yang saya familiar, namun Imaginasi mempunyai kualiti nostalgik yang entah dari mana datang pun saya tak tau. Dengan wall of sound guitar yang buzzing, dreamy vocals yang berbalam-balam serta dram yang basic, it’s like I’m listening to a release made in the 90s. Kualiti rakaman yang saya agak sengaja dibuat seakan lofi dan amatur mengimbau kepada zaman-zaman saya melihat anak-anak muda yang wide-eyed excited nak jamming dan mencipta lagu yang paling syok mereka pernah buat. Faham tak? It’s really good sebenarnya!

Wyoming Toad – Toad Song Sanctuary (Fiadh Productions)

This is a simple album. Muzik yang ditulis around dan bertemakan kodok (bukan katak, but what do I know?). Ini adalah sebuah album Ambient yang memanfaatkan field recording pelbagai spesies untuk tujuan… I guess untuk awareness memandangkan senarai trek dalam album ini merangkumi spresies kodok yang diancam kepupusan. Walaupun in some ways macam bleak, album ini memberi feel yang tenang dengan bunyian alam semulajadi yang best, somewhat educational dan juga creatively done. Ada masanya, terbitan tak perlu complicated pun, cukup dengan idea dan goals yang interesting.

Jocund Forest – Night-time Stories (Fiadh Productions)

Saya increasingly berminat dengan stail muzik Comfy Synth, particularly yang membangkitkan feel nostalgia. Jocund Forest adalah antara keluaran muzik sebegini yang buat saya terasa kembali menjadi anak kecil melalui album Night-time Stories yang keanak-anakan tetapi cukup mengujakan. Dengan artwork albumnya seakan buku bacaan kanak-kanak, dan instruments yang quirky serta song titles yang equally interesting, macam rugi pula kalau tak ramai dengar. Yes, obviously ini bukan terbitan extreme, I am very aware of that, tapi this release is really nice to listen to on a quiet night, dengan seteko teh panas sambil membelek buku cerita kanak-kanak. Hey maybe you could play this while reading bedtime stories to your kids? Sekadar cadangan!

Crazy Grizzly – Transcend (Independent)

Unit Progressive/New Wave Metalcore ini exceeded all expectation dalam Transcend. Album ini menyaksikan Crazy Grizzly selesa mencipta gaya mereka sendiri dengan barisan vokalis jemputan mewarnai kepelbagaian Transcend. Salah satu pembaharuan yang ditampilkan adalah increasing usage of clean vocals which honestly, nicely done. Ini membuktikan kemampuan vokalisnya untuk switch between screaming and singing (saya belum pernah tengok mereka live, so I take this with a grain of salt). Transcend mempunyai tema berkaitan hidup yang interesting dan dalam kebanyakan masa berfokus dengan tema ini dengan execution yang kekal garang. Kalau nak rekomen muzik Malaysia kepada orang luar, band ini adalah antara yang akan saya syorkan.

Spectral Voice – Sparagamos (Dark Descent Records)

Kadang-kadang saya suka mendengar terbitan yang jijik dan hodoh. Not necessarily poorly mixed, tetapi melalui sound yang terrifying dan murky. Sparagmos adalah contoh keluaran sebegini. Dengan stail Death/Doom Metal yang merangkak dengan atmosphere yang ritualistic, it’s easy to see why this is an album yang akan elicit strong response. Spectral Voice really took their time on this one. Takde straight up blowing it in your face, tetapi sebaliknya memilih untuk build-up yang uncomfortable. No fancy uplifting stuff, hanya non-stop brutal yang merangkak perlahan.

Atlantic – Black Sand (Fiadh Productions)

Black Sand adalah terbitan Atmospheric Black Metal yang sorrowful dan distant. Tidak brutal, tidak berbunyi terlalu meratap. Hanya output muzik yang  intrspective dan personal yang dilapisi sentuhan Black Metal yang sejuk-sejuk, hujan-hujan. Surprisingly decent untuk keluaran bertaraf demo, Black Sand mengingatkan saya kepada Altar of Plagues, Agalloch dan ISIS terutamanya daripada build-up mood dan penggunaan elemen Post-Metal. 

Curse Upon A Prayer – The Worship: Orthoprax Satanism (The Cursed Order, Folter Records & Korpituli Productions)

Curse Upon A Prayer

This is what a Black Metal album should be. The Worship menjamu pendengar dengan violent tempo, mournful and angry mood dan dilengkapi dengan tema yang blasphemous, tanpa mengorbankan kualiti akhir mereka yang jelas dan crisp untuk sebuah keluaran Black Metal. The Worship mengingatkan saya kepada Black Metal era 90an dan berpotensi appealing kepada kaki Black Metal yang obses kepada sound Scandinavian Black Metal.

Gaerea – Coma (Season of Mist)

Gaerea Coma

Disebabkan mereka kental merahsiakan identiti, saya tak menyedari pun yang mereka telah pun mempunyai vokalis dan gitaris baharu. It was barely noticeable. Album sebelum ini Mirage melonjakkan nama mereka dengan album yang well written and well executed sekaligus mencipta standard baharu untuk Gaerea. Akibatnya, ini juga meletakkan tekanan untuk Coma to do better or at least on par dengan Mirage. Fortunately, while Coma did not break any new ground, it is on par with Mirage dengan penggunaan clean vocals, mood yang mournful lagi cathartic, dynamic yang bervariasi serta execution yang flawless. Could have been better though.

A

1 Februari 2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected