Curse Upon A Prayer – The Worship: Orthoprax Satanism [Full Length, 2024]
Kali terakhir saya dengar output Curse Upon A Prayer adalah pada 2015, sewaktu mereka mengeluarkan Rotten Tongues, sebuah album yang penuh dengan tema blasphemy dan satanism. Terbitan terkini mereka ‘The Worship: Orthoprax Satanism’ masih mengekalkan tema yang membuat mereka yang konservatif menggeletik ngeri. Album ini dikeluarkan pada Julai 2024 melalui The Cursed Order, Folter Records dan Korpituli Productions.
Meskipun tema yang dibawakan menarik (atau disgusting, depending on your POV), saya tertarik dengan kemampuan Curse Upon A Prayer menulis dan memainkan lagu-lagu Black Metal yang bermelodik, memorable dan pada masa yang sama, blistering. Pretty much the same reason I liked Rotten Tongues. Black Metal mereka yang fluctuate antara violent dan melancholic menjadikan saya ketagih untuk duduk mendengar sehingga ke trek terakhir. Semestinya tema yang dibawakan tak lekang daripada kontroversi dan blasphemous, so it’s definitely for the weak hearted.
Black Metal mereka yang fluctuate antara violent dan melancholic menjadikan saya ketagih untuk duduk mendengar sehingga ke trek terakhir.
The Worship: Orthoprax Satanism sebenarnya agak panjang untuk didengar sekali hadap, dan berpotensi untuk buat pendengar hilang fokus di pertengahan album. Namun execution mereka yang sedap dan terrifying menjadikan saya tetap menghayatinya tanpa kehilangan daya tumpuan. Majoriti trek dalam album ini adalah catchy dan memorable walaupun ada ketikanya boleh huru-hara dengan blastbeat yang menggila dan vokal yang let loose tak ingat dunia. I think it’s easy to say The Worship: Ortoprax Satanism is one of my best 2024 releases based on this. I’m pretty sure you’ll enjoy this gem as well.
The Worship: Ortoprax Satanism kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan kaset.
FFO: Behexen, Sargeist, Horna, Spectral Wound
Ikuti Curse Upon A Prayer di media sosial: