#AOTY | Editor’s Pick 2023

0
AotY 2023

Tibalah ke penghujung tahun dan masa untuk melepaskan senarai Editor’s Pick. Tahun ini senarai saya semakin menyusut memandangkan (personally) saya rasa tak banyak terbitan yang groundbreaking sama ada di pasaran domestik atau antarabangsa untuk pelbagai sebab. Boleh jadi juga sebab saya hilang tumpuan menjelang pertengahan tahun, so that’s my bad lah sebab tak keeping tab. I’m just a human lol. Sebenarnya list tahun ni pun saya kelam-kabut nak uruskan… you know what, enough excuses la ye.

Anyway, terbitan-terbitan yang tersenarai tahun ini tetap mempunyai merit yang tersendiri. Syaa tidaklah menjadi terlalu cerewet dalam pemilihan, cuma mungkin saya hadkan kepada keluaran yang menangkap pendengaran bila dengar kali pertama yang selalunya petanda aras untuk well-made release. Here we go, #AOTY 2023 Editor’s Pick!

Iravu – A Fate Worse Than Home (Vita Detestabilis Records/Fiadh Productions)

Iravu

Pertama kali saya dihubungi oleh Vita Detestabilis tentang Iravu, saya jadi curious. Kemudian jadi excited. Projek Atmospheric Black Metal dari Malaysia??? This cannot be real! Ada orang Malaysia main genre muzik yang saya sangat gemari rupanya dan saya tak tau pun Iravu wujud! Anyway, it’s an excellently crafted Atmospheric Black Metal (diperkuatkan dengan elemen Ambient dan Progressive Metal) album untuk sebuah one-man band dengan tema anti-oppression yang augmented dengan latar belakang sci-fi. This is a good stuff, terutamanya dengan Iravu mempunyai influences daripada band-band Atmospheric Black Metal terkenal seperti Panopticon dan Mare Cognitum. And made me very proud of Iravu sebab projek ini berjaya menempa nama ke luar negara despite being very low-key di pasaran tempatan. Saya harap band ini akan diterima oleh orang-orang kita.

Cromworx – Cromworx (Northern Silence Productions)

Cromworx

I’m a sucker for Dungeon Synth. Ada certain nostalgic feels to, terutamanya berbunyi seakan muzik tema medieval (ni pengaruh filem la ni) dan juga game yang saya sering main di era 90-an dahulu. Cromworx sebenarnya adalah kompilasi idea dan komposisi, jadi at certain points terasa bare lah, namun saya merasakan that’s the charm yang ada pada genre Dungeon Synth; keeping it minimal and cheesy dengan keyboard yang berbunyi murah. Tapi jadi padu pulak kalau ada skill yang diperlukan. Also the fact genre ini closely associated dengan Black Metal buat saya senang nak hadam lah.

Midnight Betrothed – Death…My Faithful Bride (Northern Silence Productions)

Midnight Betrothed

Probably Midnight Betrothed’s best effort so far. Masih dengan Lo-Fi Symphonic Black Metal yang bercampur Dungeon Synth dan Ambient, pemuzik dari Australia ini meletakkan piano/keyboard sebagai central element kepada sound Midnight Betrothed, dengan sound yang bergaung untuk the rest of the instruments, including vocals yang membuatkan band ini mempunyai charm yang tersendiri; dalam keburukan ada kecantikannya, if you can understand what I mean. Dengan sound yang muffled dan romantik, band ini berjaya memberi mood mysterious yang cuba ditampilkan seperti di cover albumnya.

Nashville Ambient Ensemble – Light and Space (Centripetal Force Records)

Nashville Ambient Ensemble

Ah, muzik Ambient digabungkan dengan Americana? Yes please! Album yang asalnya adalah idea untuk sound installation kepada sebuah exhibition, diperkembangkan dengan baik melalui feel atmospheric dan ethereal thanks to the wide array of instruments selection. It’s easy to digest sebenarnya dan kalau nak digambarkan, ia adalah album yang memberi feel a bright sunny day untuk kita membuat aktiviti yang menyeronokkan. It’s fun and feel good. Almost like a healing music.

Eternal White Trees – The Summer That Will Not Come (My Kingdom Music)

Eternal White Trees

Saya memang all in kalau dapat dengar muzik Gothic/Doom Metal berbaur Post-Rock seperti terbitan Eternal White Trees ni. Feel sejuk-sejuk, melankolik dengan longing feel yang beterusan sepanjang album. Sebenarnya The Summer That Will Not Come bukanlah terbitan Metal yang keras dan extreme sangat. Ia lebih kepada limpahan perasaan yang sedih-sedih dan regret. Takde jerit-jerit, blastbeat ataupun weird shit. Fikirkan era Katatonia, Paradise Lost dan Tiamat yang softer. There’s certain degree of heaviness to it tapi you know it’s sad feels all around. I think it’s brilliantly crafted and executed tanpa perlu menjadi weak macam mainstream ballads. Love the guitar works and vocals! Memang boleh jadi soundtrack untuk hujung tahun yang selalu hujan.

Oak – Disintegrate (Season of Mist)

Oak

Kalau anda dengar album ini, anda akan pelik kenapa ada satu lagu aje! Instead of being your normal boring Funeral Doom Metal, Oak menjalin stail Atmospheric yang memanfaatkan build-up yang panjang dan lazat. Jangan ingat takde blastbeat ya, sebab Oak turut mempunyai dinamik yang berbeza di certain parts of the song (it’s fucking 45 minutes of playtime) yang membawa anda kepada sonic journey tentang watak utama yang menanti terlalu lama untuk hayatnya tamat dan ascend to another life. Don’t get turned off but its duration, sebab sekali anda duduk dengar, anda akan hanyut layan sampai habis!

Miserere Luminis – Ordalie (Sepulchral Productions)

Miserere Luminis

Saya nyaris terlepas album yang hebat ini. Hampir 2 dekad menyepi, unit Atmospheric Black Metal Kanada ini keluar dengan album yang mindblowing, Ordalie. Ia menjalin sound Atmospheric, Post, dan Melodic Black Metal termasuklah some Jazz technicality thrown in the mix. Dengan feel yang somber dan cathartic, Ordalie menghidangkan Black Metal yang fresh, violent dan melancholic untuk dinikmati. Ia bukan saja well crafted, tetapi juga well executed dengan permainan instruments yang jitu, berteknikal dan seamless untuk satu sonic experience yang complete. Saya terus jadi fan Miserere Luminis right after dengar album ni.

Marduk – Memento Mori (Century Media)

Marduk

Buah tangan terkini Marduk simple aje. They come, they destroy and they leave. No frills. Selepas Viktoria yang entah apa-apa (pada pendapat saya la), Memento Mori adalah satu triumphant return dengan membawa masuk semula intensity Norsecore mereka yang relentless dan backbreaking. Marduk berpesta blastbeat dan glorifying death and darkness melalui Memento Mori yang kaya dengan feel yang sinister like they always do. Ditambah pulak dengan bunyian horn yang menyelit, Memento Mori terasa apocalyptic di kala chaos ravage all around. Welcome back, Marduk. 

Porcelane – Not Dead, Just Asleep (Self-released)

Porcelane

EP pertama Porcelane pada saya interesting untuk didengar kerana relatable untuk kita semua hayati. Bercakap tentang longing, nostalgic dan melihat dunia ini sebagai mencabar lagi tak adil, semua ini ada dalam Not Dead, Just Asleep. Tema ini mungkin biasa dibawakan, tapi pada saya Porcelane menjalinnya dengan baik melalui pembawakan muzik yang rojak (atau teh 3 layer ikut press release mereka) dan tendency kesemua line-up band ini untuk menyanyi bersama. I mean, heck yeah do it la. Sounds fun.

MIM – Arakian (Self-released)

MIM

Unit Post-Rock Kuala Lumpur ini akhirnya keluar juga album terkini mereka and holy shit, it slaps. Arakian adalah terbitan yang ambitious all round melalui roller coaster of emotions. In fact MIM membawa masuk banyak influences yang non-standard dalam Post-Rock (tahap muzik tempatan la) seperti Folk Metal, Nu-Metal, Jazz, dan Ambient yang membuatkan Arakian terasa exciting although it feels bloated at times, but still deserves the respect nonetheless. Pandai betul MIM bermain dengan emosi sepanjang album ni, hence the reason cover album ada wanita menangis sebab excited/sedih/nostalgik/marah/whatever.

Blood Incantation – Luminescent Bridge (Century Media)

Blood Incantation

Era ini adalah milik Blood Incantation. Selepas meletup dengan Hidden History of the Human Race dan album Ambient mereka Timewave Zero, mereka kembali dengan single (tapi duration capai 20 minit!) yang kembali memperkukuhkan kedudukan mereka di industri Death Metal antarabangsa. Apa yang menjadikan mereka interesting adalah satu trek memainkan Death Metal dan satu lagi total Ambient yang mengingatkan kita kepada soundtrack filem angkasa lepas 80-an. Sangat menariklah bagi saya sebab single ini menawarkan variety. Death Metal dapat, Ambient dapat dan menunjukkan variasi mereka dalam bermuzik. Power ah!

Heretoir – Nightsphere (Northern Silence Productions)

Heretoir

Saya memang menantikan keluaran terbaru band Post/Atmospheric Black Metal Germany ini. Dan mereka memenuhi expectation saya dengan satu lagi album yang berbunyi massive dan melancholic. Tema yang ditampilkan juga relatable; alam semulajadi vs kemodenan yang kita semua tahu is a sworn eternal enemies. Paduan vokal harsh dan clean, permainan gitar yang menusuk jiwa dan segala elemen yang ada really delivered the message. The lingering sadness lepas dengar Nightsphere adalah bukti album ini well executed. In fact saya fikirkan album ini lebih baik daripada The Circles!

Antrisch – Expedition II: Die Passage (Self-released)

Antrisch

Band Atmospheric Black Metal Germany yang bertemakan ekspedisi ini kembali dengan adventure di samudera pula. Sekalipun watak (berdasarkan kisah sebenar) dalam keluaran ini menemui tragic end, ia sebenarnya menceritakan human being resilience dalam menghadapi alam semulajadi. Expedition II: Die Passage menceritakan ekspedisi Sir John Franklin ke Northwest Passage di Canadian Arctic yang berakhir dengan kesemua ahli ekspedisi kehilangan nyawa. And told in such a majestic way by Antrisch. Satu lagi pengajaran dalam sejarah melalui muzik Metal, because why not.

Hacktick! – Tanjong Bintang in D Major (Naib Johan Records)

Hacktick!

Tanjong Bintang in D Major adalah a pleasant surprise untuk saya. I was expecting something generic daripada genre Easycore/Pop Punk tapi rupanya Hacktick! blew it out of the water dengan memanfaatkan sound muzik tradisional di intro dan outro EP ini. Tak sangka ada bunyi seruling, gendang dan akordion (wthere it’s programmed or not, entahlah!) mewarnai EP ini yang weaved in just nice dan make sense kerana Tanjong Bintang menceritakan kisah bercinta dengan makhluk bunian! Memang Melayu habislah tema korang ni.

Rêvasseur – Talisman (House of Ygra)

Rêvasseur

Album terkini band Vietnam ini akan appealing kepada crowd In Flames lama. EP mereka sebelum ini pada saya agak okay la, but this one is straight up worship Swedish Melodeath, particularly In Flames tetapi dirojak sedikit dengan feel Punk at some places. Saya memang enjoy lah sebab sound Gothenburg bands (termasuk Dark Tranquillity dan At The Gates) memang iconic untuk sesiapa aje pun. Dan Talisman kedengaran bebas daripada dicemari sound American Melodeath yang caca-merba kemudian jadi Metalcore. This one clearly steered away from that!

GridLink – Coronet Juniper (Willowtip Records)

GridLink

GridLink is dead (again). Apparently tak lama lepas Coronet Juniper keluar, GridLink berpecah lagi, probably for good. But hey, at least they quit at the height la kearana Coronet Juniper is the sound of what GridLink known for; Technical Grindcore yang merojakkan intensity Grindcore dengan permainan bermelodik, groovy dan berteknikal which I really enjoyed. Goodbye GridLink. Hopefully ada come back lagi la next time.

Terra Builder – Solar Temple (Transcending Obscurity Records)

Terra Builder

Band Black/Death/Grind Germany ini tak buang masa dengan debut full length mereka yang garang tak bertepi. It’s a constant assault dengan dentuman vokal, gitar dan dram yang relentless from beginning to the end. Ditambah pula dengan permainan yang tight dan terrifyingly accurate, Solar Temple adalah album yang enak untuk dilayan, especially if you want to let off some steam. It’s a backbreaking album, to be honest!

Fossilization – Leprous Daylight (Everlasting Spew Records)

Fossilization

Fossilization sebenarnya  konsisten dalam delivery their devastation Cavernous Death/Doom Metal sound. In fact, Leprous Daylight kedengaran lebih brutal daripada releases sebelum ini dengan punishing sound and execution. Takde gimik dan buang masa, only pure destruction for your ears. Dan ini memang aim mereka untuk album ini and they did it. Pada saya, Leprous Daylight adalah testament yang Fossilization memang unhinged and violent, music-wise.

Blackbraid – Blackbraid II (Self-released)

Blackbraid

Bagaimana sebuah album self-released boleh buat nama Blackbraid meletup? Probably by being himself (it’s a solo project). Blackbraid menampilkan sound Atmospheric Black Metal yang garang dan melodic dengan tema mitos indigenous Amerika, jadi naturally ada sentuhan muzik rakyat here and there. Also it works because Blackbraid tahu menulis muzik yang catchy and distance himself from the sea of Atmo-Black Metal bands out there. Saya sampai sekarang tak faham accusation Blackbraid being an ‘industry plant’. What the fuck is that shit? This isn’t Pop music lol get real la people.

Claret Ash – Worldtorn: Anemoia (Hypnotic Dirge Records)

Claret Ash

EP terkini unit Atmospheric/Melodic Black Metal Australia ini menjadi ambitious melalui inclusion of choir and symphonic elements tanpa meninggalkan permainan gitar yang crushing. Siap ada breakdown lagi. Australia sebenarnya adalah lubuk scene Metal yang subur, jadi at this point saya dah tak hairan melihat band-band Metal dari sana constantly releasing impressive EP/albums. Bagi Claret Ash, mereka memang tahu menulis lagu-lagu yang catchy without overdoing it.

Itu sajalah senarai saya. Terima kasih kepada semua band, PR, label dan individu yang menyokong Dissecting the Euphony! Happy new year, everyone!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected