Oak – Disintegrate (Full Length, 2023)

1

Oak merupakan unit Atmospheric Funeral Doom/Death Metal dari Portugal. Dan line-upnya terdiri daripada ahli dan bekas ahli band Gaerea, so saya boleh expect ada terpalit sikit feel band Cathartic Black Metal ini. Fun fact, ini merupakan terbitan penuh kedua mereka dan pertama di bawah Season of Mist

Disintegrate adalah sebuah sonic journey yang anda kena dengar dalam sekali hadap. Tak boleh berhenti langsung.

Disintegrate adalah satu terbitan Atmospheric Funeral Doom/Death Metal (panjangnya subgenre kau, bang) yang massive dan panjang. Dengan hanya 1 trek sepanjang 45 minit, saya rasa tak semua orang boleh tahan mendengar satu lagu sahaja. Tapi mula-mula pun, saya berfikir macam tu. Dan ia adalah running joke saya terhadap stail muzik berjela macam ni yang membolehkan saya makan nasi, jemur baju, beli groceries dan ambik surat depan rumah dan album masih lagi playing halfway. But anyway, Disintegrate adalah sebuah sonic journey yang anda kena dengar dalam sekali hadap. Tak boleh berhenti langsung.

Disintegrate ni pada saya sedap dengar berseorangan dalam bilik pada cuaca sejuk dan suasana hening.

Sungguhpun Disintegrate hanya mempunyai 1 trek (sebenarnya 2 trek yang dijadikan seamless), ia mempunyai feel yang diverse melengkapkan cerita tentang kitaran hidup yang berada di penghujungnya. Bercerita dari perspektif makhluk yang tidak diketahui (let’s take a wild guess) berada di senja usia; lelah menghadap dunia dan bersedia untuk menuju ke alam seterusnya. Disintegrate menyelusuri tema ini yang dimanifestasi melalui pembawakan Atmospheric Funeral Doom Metal yang mempunyai feel hening dan sayu pada tempo yang merangkak.

Kemudian penambahan Doom/Death Metal yang melambangkan rasa kecewa dan marah. Ingatkan tempo merangkak sahaja, sekali ada juga part blastbeat yang lazat dan memberi variasi kepada dynamic album ni la. Takde la depressed memanjang. Disintegrate ni pada saya sedap dengar berseorangan dalam bilik pada cuaca sejuk dan suasana hening.

Permainan gitar yang berselang antara Post-Metal build-up yang menarik dengan harsh monolithic Doom flavoured riffs yang sayu diiringi pouding drums dan monstrous vocals pada tempo yang perlahan…

Saya takde nak komen sangat pasal instruments Oak kerana the whole thing is well put for a Funeral Doom/Death Metal dengan selingan Atmospheric. Permainan gitar yang berselang antara Post-Metal build-up yang menarik dengan harsh monolithic Doom flavoured riffs yang sayu diiringi pouding drums dan monstrous vocals pada tempo yang perlahan (sangat perlahan sebenarnya) yang kadang-kadang jadi laju tak ingat melengkapkan penceritaan tentang ascension si watak utama ke alam lain yang penuh kesakitan kerana penantian terlalu lama tetapi akhirnya lega kerana gilirannya tiba juga. Saya memang suka vibe yang disampaikan. It feels massive, torturing tetapi juga memberikan watak dalam lagu ini personaliti melalui dinamik yang bertukar-tukar.

I guess because the song is well written dengan kualiti rakaman dan adunan yang kemas, jadi pengalaman mendengarnya pun selesa (untuk Doom/Death Metal ya).

Saya berpendapat Disintegrate adalah album Doom/Death Metal yang decent sekalipun runtime yang memenatkan untuk dengar. Tapi sekali dah dengar, saya dapati pengalamannya buat saya hanyut selama 45 minit, jadi tak terasa pun masa berlalu. I guess because the song is well written dengan kualiti rakaman dan adunan yang kemas, jadi pengalaman mendengarnya pun selesa (untuk Doom/Death Metal ya). Recommended untuk mereka yang suka Metal yang lembab dan beremosi serta epik.

Disintegrate terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Ahab, Mournful Congregation, Shape of Despair, Jupiterian, Funeral

1 thought on “Oak – Disintegrate (Full Length, 2023)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected