Claret Ash – Worldtorn: Anemoia [EP, 2023]

1
Claret Ash Worldtorn: Anemoia

Claret Ash merupakan unit Atmospheric/Melodic Black Metal dari Australia yang aktif semenjak 2013. pada tahun ini mereka mengeluarkan EP terkini berjudul Worldtord: Anemoia melalui Hypnotic Dirge Records. Saya sering menyebut Australia menghasilkan banyak band-band berkualiti kebelakangan ini yang merentasi pelbagai genre Metal dan Claret Ash adalah antara band sebegini. Underrated tetapi penuh potensi.

Claret Ash

Worldtorn: Anemoia menjamu pendengar dengan 2 trek baharu, 2 trek yang dirakam semula dan 1 trek yang dipersembahkan dalam versi orkestra semuanya dalam 34 minit. Panjang jugak EP diorang ni rupanya. Opening track Cascadence of the Twilight memang explosive dengan permainan gitar yang crushing diiringi blastbeat yang menggila. Saya cukup teruja dengan trek ini dengan melodinya yang memorable. Ini adalah petanda lagu ini ditulis dengan baik dengan segala elemen bercampur seamlessly, baik daripada vocals yang roaring, gitar (including solo) yang catchy, bass yang melantun, dram yang dimainkan jitu dan merciless dan surprisingly ada choir pulak menyelit memberikan feel yang majestic serta soaring. Trend ini turut melimpah ke trek Invocation of the Dream Weavers dan rakaman semula Ground Dweller. Saya turut menyukai gitar Claret Ash yang dense (unlike the usual thin, buzzing Black Metal guitars) serta ada masanya menukar-nukar dinamik EP ini. Terasa macam dengar Opeth di era awal pulak.

Ini adalah kali pertama saya mendengar Claret Ash dan obviously ia meninggalkan positive first impression yang buat saya nak dengar terbitan mereka yang lain.

Trek ketiga pula adalah rakaman semula dalam bentuk akustik yang berjudul The Wolves Has Fed Again (intepretasi semula The Wolves Had Fed Tonight daripada album The Cleansing) yang mengingatkan saya kepada album akustik Winterfylleth. Manakala versi orkestra Cascadence of the Twilight adalah the opposite of the original version. Ia kedengaran lebih melankolik dan hening. Penutup yang interesting untuk EP ini. Ini adalah kali pertama saya mendengar Claret Ash dan obviously ia meninggalkan positive first impression yang buat saya nak dengar terbitan mereka yang lain. Please don’t sleep on this. More people should listen to Claret Ash!

Worldtorn: Anemoia kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Uada, Groza, Woods of Desolation, Saor, Harakiri for the Sky

Ikuti Claret Ash di:

Instagram

Facebook

1 thought on “Claret Ash – Worldtorn: Anemoia [EP, 2023]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected