Antrisch – Expedition II: Die Passage [Full Length, 2023]

0
Antrisch Expedition II: Die Passage

Unit Atmospheric Black Metal Germany bernama Antrisch ini kembali dengan album penuh pertama mereka. Masih setia dengan tema ekspedisi (yang selalu berakhir dengan tragedi), Antrisch menghidangkan Expedition II: Die Passage yang dikeluarkan sendiri pada April 2023.

Jika EP mereka Expedition I: Dissonanzgrat menghidangkan tema pendakian gunung bersalji dan (presumably) berakhir dengan tragedy, Expedition II: Die Passage pula menceritakan ekspedisi Sir John Franklin ke Northwest Passage di Canadian Arctic yang berakhir dengan kesemua ahli ekspedisi kehilangan nyawa. Pretty grim stuff. Antrisch menjadikan peristiwa ini sebagai latar belakang untuk album Expedition II yang menjalin sound Atmospheric Black Metal yang bermelodic dengan sedikit sentuhan muzik Ambient. And it’s freaking good just like Expedition I.

Expedition II: Die Passage pula menceritakan ekspedisi Sir John Franklin ke Northwest Passage di Canadian Arctic yang berakhir dengan kesemua ahli ekspedisi kehilangan nyawa.

Expedition II membawakan mood yang grim dan pessimistic (apatah lagi kalau anda tahu nasib ngeri ekspedisi malang ini) melalui gitar yang melodic, drumming yang relentless serta vokal nyaring yang throat obliterating gayanya. Sentuhan ambient dan atmospheric pula memberi album ini extra edge dalam membentuk storytelling walaupun saya sepatah haram tak faham apa yang dinyanyikan. Bunyian ambient dalam kapal (sonar, bunyian navigation instruments), hempasan ombak ke badan kapal serta violent wind gust memberi gambaran struggle ahli-ahli ekspedisi sewaktu perjalanan mereka di Canadian Arctic. 

Expedition II membawakan mood yang grim dan pessimistic (apatah lagi kalau anda tahu nasib ngeri ekspedisi malang ini) melalui gitar yang melodic, drumming yang relentless serta vokal nyaring yang throat obliterating gayanya.

Saya tidak mempunyai masalah dengan execution dan crafting mereka yang nyata ada improvement berbanding EP sebelum ini. Malahan permainan mereka kemas dan tidak kucar-kacir walaupun di bahagian yang pantas meribut. Paduan sound Atmospheric dan Melodic Black Metal serta selitan bunyian field recording (atau mungkin saja disampel, I’m not sure) menjadikan it’s an wholesome listening experience about the doomed expedition. It’s sad and terrifying at the same time. Dan saya menyukai semua trek dalam album ini, jadi tak payah skip mana-mana trek. It’s meant to tell the whole story. Definitely antara album saya recommend untuk pendengar Atmospheric Black Metal dengar.

Expedition II: Die Passage kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Nagelfar, Helrunar, Eïs

Ikuti Antrisch di:

Instagram

Facebook

YouTube

Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected