Antrisch – Expedition I: Dissonanzgrat [EP, 2021]

1

Teruja jugak jadinya bila baca info pasal EP terkini band Atmospheric Black Metal Jerman ni. EP berjudul Expedition I: Dissonanzgrat ini diterbitkan sendiri yang menghidangkan tema pendakian gunung. Rare jugak Black Metal nak sembang aktiviti macam ni ye dak?

Expedition I menawarkan 5 trek berbahasa Jerman dengan permainan Black Metal yang bermelodik di samping kelajuan yang mengingatkan kepada gaya Scandinavian Black Metal awal 90-an: rabak, relentless, dan face-smashing brutality. Riffs yang agresif mendominasi album ini, dengan drumming yang menghenyak selagi boleh, disempurnakan pulak dengan vokal yang bertempik nyaring. Tambah garang pulak menyanyikan lirik dalam bahasa Jerman, dah macam maki berlori-lori pulak gayanya. Kekuatan EP ini adalah lead guitar works yang tak habis-habis churning memorable playing. Sedap gila wei. Dalam tempo yang berdesup laju, saya masih dapat appreciate melodi-melodi yang terhasil. Ada beberapa tempat yang memanfaatkan feel dan atmosphere build-up yang best namun takdelah memakan masa sangat. 

Apa yang saya perasan, semakin EP ini menuju ke penghujung, semakin sedap pulak lagu-lagunya. Blazing fast dengan melodic guitars yang bertalu-talu. Terdapat sentuhan Post-Rock yan bercampur dengan Blackgaze yang buat saya tersengih riang menikmati output mereka ini. Exepedition I: Dissonanzgrat adalah catchy untuk dinikmati. Saya fikir dalam setahun dua lagi mereka berpotensi untuk surface dan jadi antara wajah utama Atmospheric Black Metal. Mungkin, dan saya berharap saya benar!

Expedition I: Dissonanzgrat kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Nagelfar, Helrunar, Eïs

1 thought on “Antrisch – Expedition I: Dissonanzgrat [EP, 2021]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected