Jemson – Jemson [Full Length, 2021]

0

Duo Hard Rock Malaysia, Jemson baru-baru ini mengeluarkan album sulung mereka yang self titled. Peminat tempatan rasanya mengenali tulang belakang Jemson iaitu Najmi (Incarnation/Against Infinity) dan Myo (OhChentaKu) punya ouput sebelum ini, jadi melalui Jemson ia adalah sesuatu yang berbeza.

Dengan barisan artis jemputan merentasi pelbagai genre, Alternative, Metal, Post-Hardcore, Pop Punk malahan Hip-Hop, jelas sekali album ini adalah lesen untuk Jemson berkenduri dan menumpahkan segala passion yang ada dalam bermuzik. Tanpa had, takde rasa takut dan being themselves (with friends, obviously!). Album ini bagaikan library yang menyimpan idea-idea muzik yang tidak sesuai untuk output utama mereka (band-band mereka seperti saya sebut tadi) namun diolah semula untuk dijadikan channel lepas geram. Dengarkan saja opening track Lu Power yang berbau Alternative Rock/Grunge 90an, trek kedua Antara Benua berpandukan Punk Rock kental menumbuk muka, trek keempat Kau Jiwaku berbunyi Balada mirip gaya band dari Indonesia, siap dengan sengau-sengau ala Peter Pan… okey, sebenarnya tak muat nak sembang kupas semua trek haha.

Yang penting album ini cukup diverse dari segi gaya dan execution, namun masih mesra telinga terutamanya untuk crowd arus perdana (dan bukan perdana lol). Lagu-lagu Jemson ringkas untuk dihadam namun muziknya bukan simple atau ditulis tangkap muat. Ada beberapa part yang pada saya cukup impressive terutamanya solo gitar berapi daripada Areef Iskandar (Symbiotic in Theory), AG Coco (Hujan), dan Izo (XPDC) serta keberanian mereka menulis lirik yang straight forward namun dinyanyikan sesedap tekak terutamanya lirik Pape Saje. Terkekek dengar namun bernilai komersil. Silap-silap boleh jadi soundtrack iklan pomade rambut. Kesimpulan saya, ini album yang meriah dan penuh attitude, berbaloi berbelanja beli hasil mereka ini. 

Jemson kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Velvet Revolver, Guns n Roses, OhChentaKu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected