Seeking Sirens – Surface [Single, 2021]

0

Unit Alternative Metal dari AS, Seeking Sirens telah mengeluarkan single berjudul ‘Surface’. Ia merupakan debut mereka, yang asalnya terhasil daripada kolaborasi vokalis dan gitaris utama di peringkat awal projek ini.

‘Surface’ mendemonstrasikan hasil kerja mereka yang nyata dipengaruhi dengan stail American Alternative Metal/Rock seperti Seether, Five Finger Death Punch dan Staind. Sound gitar yang besar dan crunchy, drumming yang padat dan vokal bermelodik yang deep serta bassy membentuk single ini kepada mempunyai mainstream appeal, terutamanya crowd Hard Rock. Overall sound single ini didominasi dengan feel melankolik dan sayu; satu formula yang sering diulangpakai oleh band-band yang Rock tak Rock sangat, Metal tak Metal sangat. Sekali dengar terasa macam kembali ke zaman mid-2005, iaitu zaman yang menyaksikan banyak band-band Rock di AS naik. Saya enjoy mendengar single ini, sekalipun takdelah original, dan mungkin masih banyak lagi band di luar sana yang main stail begini, saya tetap rasa Surface berbaloi untuk didengar.

Surface kini terdapat dalam format streaming digital.

FFO: Seether, Five Finger Death Punch, Staind

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected