Miserere Luminis – Ordalie [Full Length, 2023]
Miserere Luminis merupakan unit Atmospheric Black Metal dari Kanada yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli band Gris dan Sombre Forêts. Kali terakhir mereka mengeluarkan album (yang juga merupakan terbitan sulung) adalah pada 2009, dan selepas (hampir) 15 tahun, baru ada follow-up yang berjudul Ordalie diterbitkan melalui Sepulchral Productions. And oh, my god. Saya nyaris terlepas album of the year ini and I will tell you why later. Heads up, this is going to be a long review.
Saya sering overlooked scene Metal Kanada sekalipun banyak band hebat datang dari sana seperti Blasphemy, Wood of Ypres, Voivod, Thantifaxath, Slaughter dan banyak lagilah! Manakala Miserere Luminis pula very underrated sekalipun debut album mereka back in the day generated a lot of interest. Jadi bagaimana pula perbandingan follow-up release ini? Rata-rata ulasan online menyatakan it lived up to the expectation (if not better). Dan saya pulak baru first time layan merasakan Ordalie sungguh fresh dan exciting melalui stail Atmospheric Black Metal mereka yang bercampur-baur antara Melodic Black Metal, Post-Rock, Atmospheric Metal dan jugak technicality jazz yang menyelit sikit-sikit.
Ordalie sungguh fresh dan exciting melalui stail Atmospheric Black Metal mereka yang bercampur-baur antara Melodic Black Metal, Post-Rock, Atmopsheric Metal dan jugak technicality jazz yang menyelit sikit-sikit.
Ordalie dibuka dengan Noir fauve, sebuah trek yang meleret panjang diperkaya emotional roller coaster. Selalunya opening track ni kalau panjang saya memang skip but not for this one particularly. Dibuka dengan piano piece yang somber kemudian disambut oleh permainan gitar yang memberi petanda things about to get heavy manakala dram cukup berteknikal dan groovy tanpa perlu blasting setiap masa (listen to the ghost notes!). In fact, dram dalam Ordalie mengingatkan saya kepada Ulcerate, but make it Black Metal. Bass gitar pula kadang-kala bergerak bebas mengitari permainan gitar, membentuk groove yang catchy. Dan ya, bass cukup audible untuk saya enjoy despite the track being loud at times. Perlu saya tambah juga selain gitar berbunyi emotional dan violent at times, ia juga memberi perisa atmospheric yang menjulang ke langit. Dan ditamatkan dengan laungan sayu contrabass yang melengkapkan album opening track yang cukup cemerlang. 15 year wait and we got this powerful opening song? Yes, please. They had me at the first track, and the rest is just as magical.
15 year wait and we got this powerful opening song? Yes, please. They had me at the first track, and the rest is just as magical.
Trek kedua Le sang des rêves meneruskan permainan gitar yang alternate antara clean dan distorted, diiringi dram yang groovy dan berteknikal (saya geram aje dengar kemahiran drummer diorang ni) dan vokal yang miserable (but enjoyable). Seperkara yang saya perasan adalah kualiti rakaman dan mix mereka yang vastly improved berbanding album pertama, menjadikan Ordalie sebuah terbitan yang clean but not overproduced. Semua instrument kedengaran jelas dan tidak overpower sesama sendiri.
Seperkara yang saya perasan adalah kualiti rakaman dan mix mereka yang vastly improved berbanding album pertama, menjadikan Ordalie sebuah terbitan yang clean but not overproduced.
Satu lagi trek kegemaran saya adalah Le fêlure des anges yang merupakan trek ketiga dalam Ordalie. Merupakan trek yang bertempo sederhana hampir separuh trek dengan permainan dram yang berteknikal dan kemas dan bass yang audible berbunga-bunga membentuk tekstur trek ini yang serba catchy, gloomy dan heavy. Laungan vokal yang painful dan seakan kehabisan nyawa melengkapkan feel trek yang powerful ini. Di penghujung trek Le fêlure des anges, mereka all out dengan gitar memainkan riff bermelodik lagi atmopsheric, dram membalun pedal berkembar dan blastbeat, bass tetap dengan groovy playing, melengkapkan experience hebat lagu ini.
Di penghujung trek Le fêlure des anges, mereka all out dengan gitar memainkan riff bermelodik lagi atmopsheric, dram membalun pedal berkembar dan blastbeat, bass tetap dengan groovy playing, melengkapkan experience hebat lagu ini.
Les couleurs de la parte menyusul dan sebuah atmospheric non-Metal interlude track. Hanya permainan clean gitar, contrabass, dram yang menjalin feel sayu dan sejuk-sejuk, hujan-hujan yang memberi nice break setelah barai membalun pendengaran sejak trek pertama. I love it. It feels pessimist but also speaks of hope towards the end. Trek ini segue terus ke trek terakhir De venin et d’os yang berbaur tenang di permulaan sebelum berdentum garang kepada usual style Miserere Luminis. Namun sebelum berakhir, permainan piano dan contrabass kembali menyusul memberikan penutup yang hopeful bercampur sayu, melengkapkan kitaran Ordalie yang kaya dengan feel anguish, depressive dan atmospheric.
Very underrated, under the radar tetapi mempunyai musicianship yang impressive selain kualiti akhir produk yang killer.
Secara keseluruhan, saya menggemari album kedua Miserere Luminis. Very underrated, under the radar tetapi mempunyai musicianship yang impressive selain kualiti akhir produk yang killer. In fact, Ordalie mengatasi keluaran sulung mereka. Ini adalah antara keluaran terbaik 2023 and I didn’t even compare with other Atmospheric Black Metal releases I like this year. A solid album that deserves more attention.
Ordalie kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Ulcerate, Woods of Desolation, Gris, Sombre Forêts, Anomalie
Ikuti Miserere Luminis di:
1 thought on “Miserere Luminis – Ordalie [Full Length, 2023]”