Marduk – Memento Mori [Full Length, 2023]

1
Marduk Memento Mori

Gergasi War Black Metal Sweden, Marduk kembali dengan album penuh ke-15nya, Memento Mori yang diterbitkan melalui Century Media Records pada 1 September 2023. Memento Mori mempersembahkan Marduk yang return to form selepas album Viktoria yang, well, personally saya rasa sedikit let down.

Marduk

Berbeza dengan kebanyakan releases mereka sebelum ini yang bertemakan perang, Memento Mori merayakan kematian dan pengakhiran nyawa. Tema aje berbeza, tetapi Marduk tetap sadis membalun pendengar dengan War Black Metal bertempo pantas lagi ganas. Basically Memento Mori ini ticked all the boxes untuk pendengar setia mereka dengan blazing fast guitars and drums, relentless barking serta surprisingly, bass yang agak audible menjadikan pengalaman mendengar buah tangan terkini Marduk ini cukup pleasant (untuk sebuah terbitan Black Metal la).

Berbeza dengan kebanyakan releases mereka sebelum ini yang bertemakan perang, Memento Mori merayakan kematian dan pengakhiran nyawa.

Macam biasa, Marduk mendemonstrasikan permainan yang meribut tetapi turut add another layer to all that menace dengan bunyian horn yang epic. Ini bukan saja menjadikan Memento Mori kedengaran terrifying, malah juga seakan apocalyptic dalam meneroka tema kematian. Saya menyukai feel sebegini yang menjadikan Memento Mori kedengaran special dan melupakan betapa tak menariknya Viktoria (pada pendapat saya la). 

Macam biasa, Marduk mendemonstrasikan permainan yang meribut tetapi turut add another layer to all that menace dengan bunyian horn yang epic.

 I think it’s rather a straight forward album with the band being themselves; the raging beast of War Black Metal. Takde ambik corner, takde gimik murahan, hanya pesta blastbeat glorifying death and darkness. Sebagai pendengar yang menggilai era Panzer Division Marduk dan World Funeral, saya berpendapat this is definitely a return to form, sekalipun dengan production quality yang sedikit nipis (if this makes sense), walaupun Morgan dan rakan-rakan sama sekali tidak berkompromi dengan brutality signature mereka; backbreaking, blasphemous War Black Metal.

Takde ambik corner, takde gimik murahan, hanya pesta blastbeat glorifying death and darkness.

Tetapi on the other hand, Memento Mori adalah sebuah album yang lambat pick-up untuk jadi interesting, dengan hanya menjelang trek ketiga seakan-akan baru nak unleash all the horrible and terrifying sound. And it’s all got interesting after that. Itu aje lah complaint saya. Anyway, I love it. And you all better not sleep on this.

Memento Mori kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Setherial, Infernal War, Dark Funeral, Gorgoroth

Ikuti Marduk di sini:

Website

Instagram

Facebook

1 thought on “Marduk – Memento Mori [Full Length, 2023]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected