Cromworx – Cromworx [Full Length, 2023]

1

Saya sebenarnya obses dengan muzik Dungeon Synth. Jadi bila dapat peluang dengar terbitan Dungeon Synth yang menarik, saya takkan lepaskan. baru-baru ini Northern Silence Productions mengeluarkan album daripada Cromworx. Ini merupakan kompilasi ’percubaan’ komposisi keyboard daripada Crom (pemain keyboard Orkrist). Komposisi dan idea yang terdapat dalam Cromworx ini telah diadaptasi dalam beberapa keluaran Orkrist, jadi kalau check out kedua-dua band ini, anda akan menemui persamaan in some ways.

Ini merupakan kompilasi ’percubaan’ komposisi keyboard daripada Crom (pemain keyboard Orkrist).

Sekalipun Cromworx sepatutnya merupakan baseline idea dan bukan komposisi penuh, there are certain charms to it. Apatah lagi Cromworx memainkan Dungeon Synth bernuansakan Medieval yang terus mengingatkan saya kepada high fantasy dan role-playing games. Semestinya ia berbunyi glorious, epic dan (let’s be honest) cheesy dengan penggunaan programming dan keyboard yang berbunyi MIDI. Macam biasa, Dungeon Synth ni tak boleh lari daripada association dengan Black Metal; baik dari segi muzik dan aestetik. Dalam banyak perkara, Cromworx mengingatkan saya bukan saja kepada band Black Metal, tetapi juga band-band dari genre lain seperti Dargaard, Narsilion, dan Nazgul antaranya.

… immediately buat saya membayangkan setting filem medieval berkisar tentang kesetiaan kepada raja, pahlawan yang mendedikasikan hidup kepada kingdom, watak jahat yang berpengkalan di atas gunung dan pelbagai medieval tropes biasa kita temui.

Cromworx menawarkan 21 trek yang menjangkau sehingga 52 minit melalui pengalaman audio yang indah, brooding dan juga majestic dengan permainan keyboard carefully thought and executed (even for just an attempt, seperti dinyatakan di atas) yang immediately buat saya membayangkan setting filem medieval berkisar tentang kesetiaan kepada raja, pahlawan yang mendedikasikan hidup kepada kingdom, watak jahat yang berpengkalan di atas gunung dan pelbagai medieval tropes biasa kita temui. This could be the very soundtrack to that kind of movie. 

Pada saya Cromworx memang menarik dengan tema yang revolve around Medieval, terutamanya mereka yang familiar dengan tema sebegini dan juga kaki game seperti Warcraft and the likes. Tentulah muzik seperti ini akan jadi obscure kerana appealnya tak berapa menonjol serta agak nerdy (not sure if this is the right word), namun composition Cromworx yang terasa wholesome dan slightly over the top, it’s just a matter of time ia akan sampai ke telinga peminat high fantasy (bayangkan LOTR dan Game of Thrones) dan perhaps, maybe, akan jadi accessible kepada general population. I love it, and you should try have a listen too.

Cromworx kini terdapat dalam format CD dan kaset.

FFO: Fief, Pazuzu, Die Verbannten Kinder Evas, Dargaard, Narsilion, Nazgul, Forlorn Citadel

1 thought on “Cromworx – Cromworx [Full Length, 2023]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected