Nashville Ambient Ensemble – Light and Space [Full Length, 2023]

1

Ini adalah antara album yang saya tunggu-tunggu untuk tahun ini, semata-mata kerana ini sebuah terbitan Ambient. Nashville Ambient Ensemble telah mengeluarkan album terkini mereka, ‘Light and Space’ pada pertengahan April 2023 melalui Centripetal Force Records. Asalnya ‘Light and Space’ dirancang sebagai companion piece kepada pameran Light, Space, Surface: Works from the Los Angeles County Museum of Art di Frist Art Museum di Tennessee, namun disebabkan sambutan luar dugaan, unit Ambient ini memutuskan untuk mengeluarkan versi fizikal album ini.

Saya cukup tertarik dengan Light and Space melalui gabungan sound Ambient mereka dengan feel muzik Country (dengan adanya instrument pedal steel, biola dan piano)…

Light and Space merupakan follow-up kepada album sebelum ini iaitu Cerulean yang membariskan line-up hampir serupa dengan penambahan pemain biola. Saya cukup tertarik dengan Light and Space melalui gabungan sound Ambient mereka dengan feel muzik Country (dengan adanya instrument pedal steel, biola dan piano) yang saya kira berjaya jugak la tanpa mana-mana style terlalu mendominasi. Terdapat juga female vocals dalam beberapa trek yang menambah perisa atmospheric dan ethereal kepada album ini. 

… keseluruhan album terasa seperti terawang-awang di awal pagi yang penuh kabus dengan sinaran matahari menembusi di celahan awan. It feels… blissful.

Light and Space nampaknya berbunyi lebih digital berbanding Cerulean menurut ahli-ahli band ini, namun pada saya tak kisahlah pun, kerana keseluruhan album terasa seperti terawang-awang di awal pagi yang penuh kabus dengan sinaran matahari menembusi di celahan awan. It feels… blissful. Tambahan pula setiap instrument ditampilkan bergilir mengambil centre piece jadi bolehlah semuanya menyinar dan menghantar pendengar mengorbit bumi sambil menikmati keindahan cakerawala melalui execution mereka yang hauntingly beautiful. I guess it reminds me of Brian Eno’s Apollo: Atmospheres and Soundtracks in so many ways. 8 trek daripada Light and Space terasa seperti memeluk, mengangkat dan menyinari anda dengan cahaya yang terang… almost like an out of body experience. So warm, chill and calm. Mendengar album ini bagaikan satu safe space untuk anda lari daripada realiti dan berada di dunia sendiri. Dan saya rekomen untuk anda dengar kalau nak get lost in your thoughts, atau macam generasi zaman sekarang cakap, healing.

Light and Space kini terdapat dalam format piring hitam, CD dan muat turun digital.

FFO: William Tyler, SUSS, Cocteau Twins, Fennesz, Ryuichi Sakamoto

1 thought on “Nashville Ambient Ensemble – Light and Space [Full Length, 2023]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected