Smesta – Rotten Fantasy [EP, 2023]
Saya menyedari kewujudan Smesta, sebuah band Alternative Rock dari Kuala Lumpur sewaktu hype pelancaran album band Mascot pada tahun lepas. Meskipun saya takdelah menghadiri show tersebut, nama Smesta sering berlegar di timeline Twitter kami. Jadi bila band six-piece ini menghantar EP mereka, Rotten Fantasy pada sekitar awal tahun ini, saya sedikit curious.
Thematically, Rotten Fantasy menyentuh tentang culture shock, self discovery dan juga to some extent, mental health untuk mereka yang berjuang di bandar besar.
Smesta, menurut band ini sendiri, memainkan sound yang diverse yang berdiri antara Alternative Rock, Emo, Grunge, Indie Pop dan Shoegaze yang didemonstrasikan dalam Rotten Fantasy. Thematically, Rotten Fantasy menyentuh tentang culture shock, self discovery dan juga to some extent, mental health untuk mereka yang berjuang di bandar besar. Pretty relatable stuff.
Bercakap daripada segi muzik pulak, Smesta mempunyai sound yang familiar dengan band-band Indie tempatan di awal 2000 selain mempunyai pengaruh Punk Rock dan Post-Punk. Rotten Fantasy adalah lontaran perasaan hiba, jadi keseluruhannya agak gloomy dan depressive. Vokal dalam Rotten Fantasy mempunyai pelbagai variasi, daripada Punk Rock barking, kepada crooning Ballad hinggalah sengau monotonous laksana Hujan era awal. Saya tak pasti semua ini daripada satu vokalis atau pun ramai yang menyumbangkan suara, but I guess it works. Instruments dalam Rotten Fantasy adalah biasa-biasa sahaja dan predictable, namun semuanya melengkapkan feel gloomy yang dibawa, terutamanya stail gitar Post-Punk yang dihidangkan mengingatkan saya kepada Amesoeurs (minus the Black Metal part, obviously).
Rotten Fantasy adalah lontaran perasaan hiba, jadi keseluruhannya agak gloomy dan depressive.
Saya fikir sungguh pun Rotten Fantasy menunjukkan kemampuan Smesta sebagai satu unit yang boleh bermuzik, it’s not necessary impressive walaupun ada satu dua trek yang catchy. Actually yeah, Rotten Fantasy tidak mempunyai kick dan catchiness yang diperlukan untuk menjadi memorable. Especially dengan stail yang sungguh familiar dengan scene Indie Malaysia satu ketika dulu (dan juga mungkin sekarang). Personally, the second half of the EP sebenarnya not bad. Smesta cuma perlukan lebih masa untuk improve.
Rotten Fantasy kini terdapat dalam format strim digital.
FFO: Title Fight, Nothing, Mineral, Sunny Day Real Estate, Hujan, Joy Division