Premiere – Hey Jay! – Bagimu Mati

1

Kugiran Alternative Rock dari Kuala Lumpur, Hey Jay! yang ditubuhkan pada 2019 merupakan antara band muda yang rajin menghasilkan lagu-lagu terbaharu. Hey Jay! menggabungkan gaya muzik Grunge bersadur riffs gitar ala Post-Rock, layering keyboard berinspirasikan Stadium Rock dan permainan dram yang thunderous. Fun fact: Ahli-ahli Hey Jay! mempunyai portfolio muzik yang luas daripada segi rakaman dan persembahan pentas yang menjadi kelebihan untuk band ini terus maju ke hadapan. Hey Jay! telah mengeluarkan 5 single sehingga kini dan Bagimu Mati bakal menjadi yang ke-6.

Bagimu Mati adalah single mereka yang pertama kali ditulis dalam Bahasa Melayu setelah mengeluarkan 5 single dalam Bahasa Inggeris (ada antaranya pernah meraih anugerah di luar negara!). Hey Jay! dengan kerjasama Dissecting the Euphony akan mempersembahkan premiere single terkini mereka yang berjudul ‘Bagimu Mati’ pada 19 Mei 2023, 12 tengah malam.

Single ini adalah satu kritikan bagaimana seseorang yang mendapat kuasa menjadi korup dan menggunakannya untuk menindas insan lain. Hey Jay! memanifestasikan rasa bengang melihat mereka yang mabuk kuasa berleluasa menidakkan hak orang lain tanpa rasa bersalah. “Tau tak apa masalah sesetengah orang bila dapat kuasa? Sikap bongkak membutakan mereka ni membezakan antara hak dan batil. Yang tinggal hanya ‘aku, aku, dan aku’ manakala orang lain salah di mata mereka. Lagu ini adalah rintihan dan luahan untuk mereka yang tertindas,” jelas Jay Ridzwan, vokalis/gitaris.

Bagimu Mati dilihat daripada perspektif mereka yang tertindas; merintih kerana sikap gaslight daripada penindas yang seakan takkan berakhir dan mengharapkan akhirnya akan bertemu penamat. Semua ini dijalin dalam stail muzik Alternative Rock Hey Jay! yang digarap mantap melalui paduan gitar bermelodik dan dram yang intense, diperhebat dengan keyboard memberi tekstur dan lontaran vokal yang impressive.

1 thought on “Premiere – Hey Jay! – Bagimu Mati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected