Hacktick! – Tanjong Bintang in D Major [EP, 2023]

0
Hacktick!

Unit Easycore/Pop Punk Lembah Klang, Hacktick! telah pun mengeluarkan EP terkini mereka Tanjong Bintang in D Major melalui Naib Johan Records pada Oktober 2023. EP yang disusuli dengan tour bersama Johny Comes Lately ini menampilkan kemasukan ahli baru, pemergian ahli lama dan juga ketibaan stail baharu Easycore mereka yang nyata lebih menarik.

Hacktick! line up 2023

Tanjong Bintang in D Major sekadar berdurasi 13 minit termasuk intro dan outro, menjadikan EP ini terasa sangat pendek and I’m excited to tell you why. It’s a fun, energetic and seamless EP with touch of Malay music influences. Ya betul. Intro dan outro Tanjong Bintang menampilkan field recording seakan di pantai/sungai/tasik dengan alunan gitar akustik, tiupan seruling, pukulan gendang dan akordion mengawangi feel macam cerita Melayu silat pula. It feels natural dan membuka tema kepada EP ini iaitu love found and love lost. Intro yang berjudul Sungai ini menceritakan pertemuan pertama kali si protagonist dengan (saya assume) makhluk bunian yang terus tangkap cinta.

It’s a fun, energetic and seamless EP with touch of Malay music influences.

Trek kedua You Crazy pulak berubah terus kepada style Easycore yang hyperaktif dan catchy. Sebenarnya saya tak berapa familiar dengan style Hacktick! jadi saya boleh simpulkan ia kedengaran seperti apa jadi kalau A Day To Remember dalam alternate universe berasal dari Kampung Melayu Subang; agresif, playful tapi conflicted between dengan penerimaan budaya Amerika dan Malaysia. Anyway, memang cukup perisa Easycore ditampilkan dengan gang vocals yang berdentum, permainan gitar yang memorable, vokal Hyle yang youthful dan permainan dram yang explosive melengkapkan audio experience dihidangkan Hacktick! 

Sebenarnya saya tak berapa familiar dengan style Hacktick! jadi saya boleh simpulkan ia kedengaran seperti apa jadi kalau A Day To Remember dalam alternate universe berasal dari Kampung Melayu Subang; agresif, playful tapi conflicted between dengan penerimaan budaya Amerika dan Malaysia.

Trek ketiga C U When I C U blend seamlessly dengan You Crazy, effectively making it a direct continuation. Masih meneruskan energy yang terdapat daripada You Crazy, trek ini kedengaran lebih laju hasil paluan pedal berkembar daripada drummer dan Hacktick! seakan berparty dengan menceritakan perasaan yang bercinta dikaburi antara realiti dan fantasi (sebab bercinta dengan makhluk halus!) sebelum menyedari yang dua alam ini takkan bersatu dan segera berpijak pada bumi nyata. 

Ini adalah Easycore yang mengimbangi antara sound merentas sempadan dan kekal local dengan paduan dua stail, just like percintaan protagonist dengan awek bunian kegilaannya.

Outro yang berjudul Sungai membawa spirit yang serupa seperti Pantai tetapi lebih menceritakan perasaan yang hening selepas sedar yang perasaan syok dengan awek bunian ni sebenarnya tak ke mana pun. Hyke seakan sedar diri tapi tetap memasang impian untuk bertemu dengan Dewi Kayangan seterusnya (yang hopefully manusia lah!). Penutup EP ini dimainkan dengan gitar akustik, seruling, gendang dan akordion yang membawakan kembali a touch of Malay music. Nice. Catchy. Decent. Dan memorable. Idea Tanjong Bintang in D Major adalah mudah, excellently crafted and executed menjadikannya terngiang-ngiang di kepala walaupun dah tak dimainkan. This easily stays in my Editor’s Pick list until year end. Ini adalah Easycore yang mengimbangi antara sound merentas sempadan dan kekal local dengan paduan dua stail, just like percintaan protagonist dengan awek bunian kegilaannya. Recommended and please don’t sleep on this.

Tanjong Bintang in D Major kini terdapat dalam format format digital streaming.

FFO: Chunk! No, Captain Chunk!, A Day To Remember, Story of the Year, Neck Deep

Ikuti Hacktick! di:

Instagram

X

Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected