Mascot – Permulaan [Full Length, 2022]

1

2 minggu lepas, peti emel saya menerima promo daripada Mascot, sebuah band Malaysia yang sering saya nampak disebut di media sosial namun asing kepada saya. Emel daripada menyatakan Mascot bermain Midwest Emo, satu genre yang obviously yang saya tak familiar namun bila dengar album sulung mereka ‘Permulaan’, memang saya terus dengar sampai habis!

Permulaan menawarkan pengalaman audio Midwest Emo diwarnai permainan gitar yang jangly dan teknik yang mengingatkan saya kepada styling band-band Indie dan Math Rock (kalau lagi laju dan berteknikal), vokal yang youthful lagi jujur yang membangkit nostalgia seakan berada di zaman-zaman universiti. Bayangkan saja sekumpulan belia di tahun pertama universiti yang decided untuk buat band dan menceritakan heartbreak, naivety serta hopeful untuk mencipta masa depan dan takde malu mencurah perasaan ke dalam lirik mereka. Get it? Gaulkan semua dengan mesra and you’ll get Mascot. Album ini cukup catchy dan relatable dengan sentuhan beremosi secukup rasa dipersembahkan dalam bahasa kebangsaan.

Antara perkara menarik dalam Permulaan adalah tendency menggunakan sampel rakaman radio pada intro, interlude dan outro yang memberi feel nostalgik, selain trek Menangis yang terasa personal dan sebak menceritakan tentang kucing peliharaan. Saya perasan yang di awal album, terasa kuat feel Midwest Emo namun menjelang penghujung album, ada pula feel Indie (ada teman terdekat saya kata bunyi macam band Indo!). Maybe it’s just me, but I cannot shake off the infectious guitar playing yang distinctive dan nyanyian yang catchy hingga ternyanyi-nyanyi walaupun lepas habis dengar. Permulaan adalah debut yang strong dan berattitude. Saya cuma terfikir, siapa lagi yang main style serupa seperti mereka dalam scene tempatan? Anyway, dengarkan Permulaan hari ini!

Permulaan kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: Tiny Moving Parts, Paramore, One OK Rock, Killing Me Inside, Mineral, American Football

1 thought on “Mascot – Permulaan [Full Length, 2022]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected