Hrad – The Forgotten Legacy [Full Length, 2022]

0

Semenjak 2 tahun lepas, saya tertarik untuk mendalami muzik Dungeon Synth dengan lebih serius. Banyak stail Dungeon Synth yang ada di luar sana yang purely berbunyi seperti soundtrack game, ada yang ambient-heavy dan ada yang dikacuk dengan Black Metal. Memandangkan Dungeon Synth dan Black Metal mempunyai bau-bau bacang, jadi saya mudah untuk menghadamnya. 

Sebelum 2022 berlabuh, saya berkesempatan mendengar album penuh daripada unit Dungeon Synth/Atmospheric Black Metal dari Perancis iaitu Hrad yang berjudul The Forgotten Legacy. Album ini dikeluarkan pada 2 Disember 2022 melalui Weregnome Records. Dengan durasi mencecah 50 minit, pendengar akan dihidangkan dengan sound Dungeon Synth dan Atmospheric Black Metal yang seimbang. In fact, stail Dungeon Synth daripada Hrad mempunyai feel medieval yang mengingatkan saya kepada game Stronghold; lush, calm, rustic dan simple manakala stail Black Metalnya pula terasa epic dan intense dengan tempo yang blazing fast bersama permainan gitar yang furious mengingatkan saya kepada early Borknagar dan Summoning. Kedua-dua elemen ini berpadu harmoni membentuk pengalaman audio yang menarik yang memberi penceritaan yang lengkap sekalipun jika anda tak faham apa dipekikkan. Saya pulak menggemari viba medieval, pahlawan, perang, maruah, perkampungan yang dijarah dan amukan naga yang associated dengan high fantasy.

Pada saya The Forgotten Legacy adalah mudah dihadam dengan memorable melodies dan suntikan Black Metal secukupnya untuk menjadi soundtrack yang membawa pendengar ke dunia fantasi pahlawan dan naga yang mengkhayalkan. Elemen Dungeon Synth dan Black Metal seperti saya cakap tadi, sama-sama seimbang dan menyerlahkan kemampuan Hrad untuk craft lagu-lagu dengan cemerlang. Kalau tak, selalunya band Black Metal hanya gunakan elemen Dungeon Synth di bahagian intro, interlude atau outro. Sebaliknya dalam album ini, ada trek yang menggabungkan elemen ini tanpa rasa awkward. Dengarkan ‘War’ yang panjang tapi intriguing. Saya rasa takde sebab untuk anda tidak tertarik mendengar buah tangan terbaharu Hrad ini yang well made dan interesting. Definitely an AotY untuk saya.

The Forgotten Legacy kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Vehemence, Summoning, Ethereal Shroud, Borknagar, Forlorn Citadel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected