Witcher – Lélekharang [Full Length, 2022]

0

Kepada yang sentiasa mengikuti penulisan saya akan maklum dengan obsesi saya dengan Atmospheric Black Metal. Ada certain kualiti sub-genre ini yang menepati selera dan jiwa saya. Jadi tiap kali dapat terbitan berkiblatkan stail ini, saya jadi teruja lain macam sikit nak dengar. Anyway, Witcher merupakan band Atmospheric Black Metal dari Hungary yang telah mengeluarkan album terkininya Lélekharang melalui Filosofem Records dan Beverina Productions.

Lélekharang menawarkan pengalaman audio Atmospheric Black Metal berdurasi hampir 40 minit yang terasa sejuk-sejuk, hutan-hutan. Jelasnya stail dalam Lélekharang mengingatkan saya kepada antaranya Summoning, Eldamar, Caladan Brood dan Emyn Muil yang keyboard-heavy (untuk feel atmospheric yang maksimum) dan ethereal untuk membangkitkan feel fantasy dan dreamy. Permainan keyboard dalam Lélekharang cukup mengkhayalkan seakan membawa saya ke dunia fantasi yang kejam dan gelap. Ada masanya Lélekharang berbunyi seakan album terawal Dimmu Borgir iaitu Stormblast. Gitar dalam Lélekharang memainkan riff-riff yang dingin lagi mournful yang memberi mood dunia dalam penceritaan Witcher ini penuh kekejaman dan keadilan langsung tidak ditegakkan. 

Adunan dalam album Lélekharang kira okaylah untuk sub-genre ini dengan majoritinya menampilkan keyboard ke hadapan, diikuti gitar dan dram di belakang yang tidak berapa jelas. Sungguhpun begitu, ini adalah traits (bagi saya) yang biasa diteui dalam sub-genre ini yang gemar membina wall of sound dengan keyboard dan gitar serta less emphasis on drums. Namun pada saya Lélekharang tetap menarik untuk didengar dengan moodnya yang mournful dan dingin dipersembahkan dengan baik oleh keyboardist dan gitaris yang masing-masing memberi memorable melodies and playing. It’s almost feels like an accompanying soundtrack to an epic high fantasy film.

Lélekharang kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset dan muat turun digital.

FFO: Summoning, Eldamar, Caladan Brood, Emyn Muil, early Dimmu Borgir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected