Lamentations – Passion of Depression [Full Length, 2022]

0

Saya sentiasa menanti-nanti keluaran terbaru daripada Willowtip Records. Label dari AS ini sentiasa menampilkan terbitan yang berkualiti dan unexpected. Yang terkini adalah album penuh kedua daripada unit Progressive/Melodic Death Metal berkeahlian multi-negara iaitu Lamentations yang berjudul Passion of Depression.

Melihat durasi Passion of Depression membuat saya sedikit cuak kerana band Progressive Metal mempunyai tendency untuk main berjela-jela semata-mata nak tayang skill tanpa mempunyai matlamat yang jelas dalam lagu. Sorry, saya salah rupanya. Ia adalah album yang cemerlang dengan penulisan yang memanfaatkan dinamik baik dengan execution yang bukan calang-calang selain catchy tak ingat. Passion for Depression memberi keseimbangan dalam menghidangkan Prog Death Metal yang kompleks namun tidak sama sekali mengabaikan intention untuk menjadi memorable. Riffs yang blazing fast dan intricate, diseling dengan elemen lain seperti piano dan flute, selain drumming yang kreatif serta berketepatan jitu, dilengkapkan dengan vokal berkembar antara harsh vocals dan clean vocals yang enak. Album ini juag menjemput pemain-pemain gitar hebat untuk menyumbang solo gitar yang berapi. 

Passion of Depression berdiri dengan inspirasi daripada old Opeth dan Cynic, selain menyelitkan technicality seakan Death dan emosi Eternal Tears of Sorrow. Durasi 57 minit memberikan Lamentations peluang untuk mendemonstrasikan kepelbagaian influence ini digaul mesra dan dipersembahkan tanpa sebarang masalah. Highlight untuk album ini semestinya kehadiran hero-hero gitar yang menyumbang solo yang masyuk melengkapi the album yang dilaksanakan dengan bagus. It’s a well executed album, dan jika anda mahukan Prog Death Metal yang kompleks dan dramatik serta menusuk jiwa, ini adalah jawapannya.

Passion of Depression kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Opeth, Cynic, Death, Countless Skies, Eternal Tears of Sorrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected