Prophetic Suffering – Demonstration MMXXII [Demo, 2022]

0

Akhir tahun tidak berlalu lemau dengan kehadiran demo daripada band Bestial Black/Death Metal dari Kanada, iaitu Prophetic Suffering. Ini merupakan terbitan sulung mereka dan sekadar berjudul Demonstration MMXXII. Simple, no frill dan devastating. Ia dikeluarkan melalui Sentient Ruin Laboratories.

Demonstration MMXXII adalah keluaran yang tiada belas kasihan dengan pesta blastbeat dan grinding yang memutuskan segala urat saraf dan tulang empat kerat anda. Dengan sound yang primitif yang pekat dengan wall of sound dan incomprehensible vocals, to some it sounds like noise, tapi untuk saya ini adalah celebration untuk kehancuran dan nihilism. Demonstration MMXXII mempunyai inhuman quality dengan gurgling vocals bercampur jeritan rabak yang bestial di kala dram membedil dengan blastbeat yang primif dan gitar yang barai membelasah pendengaran tanpa form yang jelas. Dengan gaya sebegini, saya tak dapat elak daripada membayangkan mereka versi muda Revenge, Diocletian, Antediluvian, Heresiarch dan Knelt Rote.

Demonstration MMXXII bukanlah untuk anda layan perasan dan hanyut dalam emosi. Sebaliknya ia adalah manifestasi huru-hara dan kebencian tak bertepi terhadap dunia sebenar. Prophetic Suffering elok sahaja dipanggil war mongering terror machine dengan sound sebegini yang pekat dengan feel chaotic yang dipusing ke tombol 11! Sayang sekali Demonstration MMXXII terlalu pendek dengan durasi sekadar 12 minit. Tapi pada saya ini cukup bagus untuk menggambarkan mereka sebagai ancaman baharu terhadap scene Black/Death Metal antarabangsa dengan rough edges dan inhuman approach mereka terhadap stail begini. Jelas sekali Demonstration MMXXII bukan untuk semua, tetapi hanya mereka yang benar-benar appreciate Bestial atau War Black/Death Metal akan naik minyak mendengar demo yang cukup jahat ini. Urgh!

Demonstration MMXXII kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Revenge, Diocletian, Antediluvian, Heresiarch, Knelt Rote, Adversarial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected