Finsmoonth – Affliction [Full Length, 2022]

0

Sejujurnya saya sedikit iri hati dengan scene Metal jiran kita dari Indonesia. Mereka cukup kaya dengan kepelbagaian gaya Metal dengan jumlah band yang berlambak. Namun bukan jumlah yang saya benar-benar kagumi, sebaliknya kualiti output mereka yang world-class dan menarik para pendengar dari seluruh dunia. Band seperti Vallendusk, Jasad, dan Sufism hanyalah sebahagian band yang saya sentiasa keeping my tabs. Kini, saya tertarik dengan Finsmoonth, unit Melodic/Post-Black Metal yang baru mengeluarkan album penuh pertama mereka berjudul Affliction yang diterbitkan melalui Northern Silence Productions.

Affliction menjamu pendengar dengan stail Melodic Black Metal ala Eropah dijalin sound Post-Rock yang memberi feel sejuk-sejuk, hutan-hutan yang berkabus lagi menusuk tulang hitam. Permainan gitar yang sentiasa bermelodik ditambah stail Post-Rock yang uplifting dan melancholic pada masa yang sama. Feel yang ditampilkan memang sedap didengar kalau hiking di musim yang lembap (malangnya sekarang macam nak kemarau). Bercakap tentang vokal, saya menyukai vokal utama yang parau berteriak, cukup kering dan menyakitkan. Namun ada pula celan vocals di beberapa tempat dalam album ini yang enhance the feels. Dram pulak bagaikan jentera perang yang membedil pedal berkembar, namun bila masuk part Post-Rock, ia memberi permainan yang masterful secukup rasa. Kebanyakan trek Affliction adalah catchy dan ditulis dengan baik sekalipun terasa macam sedikit panjang. Untuk keluaran sulung, ini boleh dikira cukup bagus dan mempunyai potensi untuk dikenali lebih ramai. Definitely a must listen!

Affliction kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Vallendusk, Heretoir, Winterfylleth, Alda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected