The Atrophic – Coagulating Mirth [EP, 2022]

0

Geram pulak mendengar EP terkini daripada band Technical/Melodic Death Metal AS, The Atrophic yang berjudul Coagulating Mirth. EP ini ticked a lot of my boxes untuk menepati keluaran yang berbaloi dilaburkan masa dan duit untuk dengar dengan brutality dan catchiness diseimbangkan sebaiknya.

Coagulating Mirth menampilkan Technical Death Metal yang blazing fast dan furious, kemudian pada masa yang sama menjalin permainan Melodic Death Metal yang catchy lagi memorable, menjadikan EP ini cukup kuat daya tarikannya jika anda mencari Melodic Death Metal yang ballsy dan in your face persis Arsis, Quo Vadis dan The Black Dahlia Murder. Songwriting yang brilliant dan execution yang kemas membuatkan saya terikut-ikut mengangguk kepala sampai habis. Setiap trek bagaikan heavy punches yang menghentam pendengaran dengan melodi yang bertalu-talu melibas all over. It’s violent and sinister but also beautiful at the same time.

Trek pertama dan kedua cukup kuat dengan demonstrasi teknikal dan brutality yang over the top. Trek ketiga pada saya rather forgettable kerana terasa seperti cookie-cutter Melodic Death Metal track manakala trek penutup cukup meriah dengan opening gitar yang sorrowful dikelilingi petikan bass berlemak yang prominent disusuli gitar, dram dan vokal yang go full blown Tech/Melodic Death Metal. Ia adalah penutup yang cemerlang dengan kemasukan pelbagai feel dan stail dalam satu. Agak bloated tapi cukup lazat didengar complexity dan range of emotions ditampilkan sebagaimana opening track EP ini. Yang penting catchy, so please don’t sleep on this.

Coagulating Mirth kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Arsis, At The Gates, The Black Dahlia Murder, Quo Vadis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected