Ezophagus – Skeleton from the Nature [EP, 2022]

0

Jentera perang Old School Death Metal Malaysia, Ezophagus telah mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul ‘Sekeleton from the Nature’ melalui Goatlordth Records pada Ogos 2022. Single ‘Depresi dari Ilusi’ sebelum ini turut dimuatkan dalam EP ini.

Skeleton from the Nature menghidangkan sound OSDM yang chunky, sadistic dan ngeri bagaikan disagat buzzsaw tanpa henti-henti. Berinspirasikan tone Sunlight Studio, EP ini bukan sahaja mempunyai stail OSDM yang  ikonik, tetapi juga diperkasakan dengan songwriting yang cemerlang dan groove yang mengikat saya untuk mendengar sehingga ke trek terakhir. Skeleton… tidak sekadar menggunakan template tipikal OSDM yang mempunyai sound berat, tetapi menambah twist kepada tempo yang agresif, permainan yang catchy dan memorable. Ezophagus tidak memilih untuk menjadi simplistic, sebaliknya menaik taraf dengan brutality yang membaraikan pendengaran tetapi memuaskan nafsu mana-mana pendengar OSDM dengan riff-riff kejam yang memberikan pengalaman mendengar EP ini bagaikan diikat di depan lori minyak yang menuruni Genting Highlands yang mempunyai kegagalan brek, rapidly losing control and chaotic all over. 

Ezophagus juga cemerlang menambah baik dengan beberapa elemen yang berimpak besar seperti solo yang meliar seakan menampar muka di kiri dan kanan, penggunaan dual vokal yang bersilih antara low grunt dan mid scream yang menambah tekstur kepada lagu-lagu, obsesi gitaris mereka menyelitkan divebomb di setiap kesempatan yang ada mengkucar-kacirkan suasana yang sedia-ada chaotic, kehadiran breakdown yang menunjukkan pengaruh Hardcore Punk dalam muzik mereka dan permainan dram yang bersih, jitu dan hard hitting menjadikan EP ini sebagai petanda Ezophagus adalah satu kuasa Death Metal tempatan yang wajar digeruni. Saya tak peduli kalau pun ada mengatakan OSDM-revival adalah overrated, kerana Ezophagus berupaya untuk menggalakkan kepala dihantuk, tulang belakang dilipat lapan dan jasad berterbangan dalam pit. Lagi banyak band OSDM tempatan, lagi bagus. Kepada yang nak dengar mereka, good luck, jangan sampai pecah muka urghhhhhh!!! Skeleton from the Nature adalah definitely termasuk dalam AOTY saya. 

Skeleton from the Nature kini terdapat dalam format CD.

FFO: Bloodbath, Entombed, Dismember, Descent, Earth Rot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected