Tableau Mort – Visio In Somniis [Full Length, 2022]

0

Unit Black Metal dari United Kingdom, Tableau Mort baru saja mengeluarkan album penuh kedua mereka yang berjudul ‘Visio In Somniis’ melalui Cult of Parthenope. Band yang memanfaatkan feel aestetik Orthodox Christianity ini jelasnya memainkan Black Metal bermelodik dengan precision ala Death Metal yang menjanjikan pengalaman audio yang padat dengan relentless sonic assault.

Aestetik Orthodox Christianity ini mengingatkan saya kepada Behemoth, Batushka dan Mgła yang menjamu stail melankolik dan gelap namun destructive secara overall dengan permainan yang crushing dan excellent songwriting. Saya menyukai stail permainan gitarnya yang seakan Deathspell Omega yang ala dissonant berselang-seli bermelodi, manakala dram pula mempunyai execution Death Metal yang accurate dan membelasah bagai nak pecah kit. Visio In Somniis bukanlah Black Metal yang straightforward kerana instruments lain turut diselitkan seperti strings dan horn yang memperkayakan listening experience. Ada kalanya macam ada feel Middle Eastern sikit, yang turut enhanced dengan kehadiran female vocals.

Saya fikir Visio In Somniis adalah terbitan yang decent. Ia adalah Black Metal seperti Deathspell Omega dengan discounted rate of dissonant dan feel dark sebaris Batushka (sama ada yang ori atau fake, ini cerita lain) yang membuat saya nak ulang dengar banyak kali. Good, if not killer effort.

Visio In Somniis kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Batushka, Deathspell Omega, Cult of Fire, Behemoth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected