Wraith – Undo the Chains [Full Length, 2021]

0

Saya bukanlah peminat Speed/Thrash Metal, namun ada masa saya tertarik juga dengan intensity dan fun yang dibawakan terutamanya berinspirasikan Motörhead. I mean, siapa nak nafikan pengaruh Lemmy and gang terhadap pergerakan muzik Metal sedunia ye tak? Keluaran penuh ketiga Wraith, ‘Undo the Chains’ melalui Redefining Darkness Records jelas menterjemahkan pengaruh ini, sungguhpun dalam format Blackened Speed Metal.

Saya memang layan habis dari opening sampai trek terakhir (banyak gila trek diorang) yang semuanya pendek-pendek aje. Album ini menjamu pendengaran dengan riff-riff Speed Metal yang Blackened yang simple, thrashing dan jahat-jahat. Yang penting execution mereka memang penuh attitude dan catchy. Obviously akan ada bersuara eh apasal macam ada bau-bau Metallica, Motörhead, Hellripper, Toxic Holocaust dan banyak lagi ni? Perlu saya nyatakan, Wraith memang straight up memuja band-band ini jadi sedaplah peminat-peminat band ini untuk layan Wraith. Yang penting lagu-lagunya sedia nak pecahkan muka dan menggalakkan anda berlegar-legar di moshpit menghentam sesama sendiri.

Untuk saya pulak, saya merasakan Undo the Chains mempunyai perisa Black n Roll yang garang. Dengarkan sahaja tone gitar mereka yang crunchy dan tajam menggalakkan sama ada tubuh-tubuh berlanggaran di pit, atau menghayun kepala sampai terkulai leher malah bersemangat untuk party sampai tercabut tulang belakang bersama rakan-rakan. I think it’s a pretty sick album yang berkiblatkan stail Speed/Thrash Metal era lama yang lebih ganas berattitude. Don’t sleep on this, folks!

Undo the Chains kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Motörhead, Metallica, Bulldozer, Hellripper, Midnight

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected