Vaciø – Et Detistuta Mortis [EP, 2021]

0

Duo Melodic Black Metal dari Sepanyol, Vaciø baru sahaja mengeluarkan debut EP mereka ‘Et Detistuta Mortis’ melalui Morbid Shrine Productions. Vaciø menghidangkan tema esoterik dan occult yang diterjemahkan dalam lirik-lirik EP ini. Amenda pulak tema ini, takde pulak saya tau, but sounds great to check it out.

EP ini pendek saja memandangkan hanya ada 3 lagu saja. Tapi jangan ingat 3 lagu biasa-biasa aje kerana Et Detistuta Mortis adalah terbitan yang blistering dan chaotic mengingatkan saya kepada stail Scandinavian Black Metal yang dingin dan desolate serta penuh kemarahan. Terus saya teringat kepada Dissection dan Sargeist yang menumpukan stail bermelodic yang jahat dan catchy.

 Et Detistuta Mortis sebenarnya boleh dikira nicely executed dengan permainan gitar bermelodik yang tak lekang setiap masa diiringi drumming yang bergulung-gulung dan teriakan parau vokalis. Saya fikir not bad la, jelas sekali dipengaruhi stail Scandinavian, nothing more, nothing less. Saya kira ini boleh appeal kepada peminat Black Metal 90an memandangkan ia bebas daripada stail moden.

Et Detistuta Mortis kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Dissection, Lord Belial, Mörk Gryning

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected