Urfeind – Wraiþaz [EP, 2021]

0

Urfeind adalah sebuah band Black Metal dari Jerman yang baru saja mengeluarkan EP terkini mereka yang berjudul ‘Wraiþaz’ pada 21 Januari 2021. EP 4 trek ini berkisarkan tentang berkaitan Dark Germanic Heathenism. Senang cakap menjurus kepada kepercayaan paganism lama pra-Kristian selain menjulang pendekatan militan untuk Thursian Path. Jangan tanya saya amenda pulak tu, saya pun tak faham.

Secara amnya, Wraiþaz adalah Black Metal bermelodik dengan tremolo picking cukup meriah berpesta di setiap trek. Diributkan pulak dengan dram yang gigih menghentam pedal berkembar dan blastbeat. Vokal pula meraung menabur kemarahan, takde masa nak mengongoi sedih. Saya berpendapat ini adalah stail mereka; mudah, takde banyak cekadak, atau dalam English no-frill no bullshit. Tanpa perlu gimik intro atau sampel, mereka melanyak dengan apa yang ada. 

Wraiþaz sebenarnya mengingatkan saya kepada Black Metal 90an yang kental dengan tujuan menjadi terrifying dan memacu ideologi kembali kepada agama nenek-moyang mereka. They do exactly like that, dengan frame dan MO yang sama, kecuali mereka bukan dari scene Scandinavia. Musically, ia memenuhi kriteria band yang membawa sound second wave Black Metal; kualiti yang sebu dan ear piercing. Namun saya mendapati dram dalam album ini adalah masalah untuk keep up dan consistent di trek ketiga. Terasa sungguh drummer terkial-kial mencari rentak yang sesuai menyebabkan beliau tercicir. Rasa macam cacat sikit pengalaman mendengar. Tapi tu sajalah, yang lain okay sahaja. Wraiþaz adalah untuk mereka yang mengagungkan sound dan stail Black Metal 90an!

Wraiþaz kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Nawaharjan, Panphage, Arckanum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected