Heretoir – The Circle [Full Length, 2017]

1

Genre Post-Black Metal sebenarnya agak mengundang kontroversi. Dianggap tidak true oleh purist, tapi accessible kepada pendengar di luar lingkungan Metal, Post-Black Metal sebenarnya adalah evolusi Metal menjelang millennium hasil daripada pemuzik yang meluaskan selera audio mereka. Senang cakap, ia bukan Black Metal dalam form yang dikenali pada 90an, sebaliknya kesinambungan yang berinspirasi daripada Black Metal. 

Heretoir adalah antara unit Post-Black Metal yang kian mendapat perhatian saya. Berasal dari Jerman, album mereka The Circle yang diterbitkan pada 2017 melalui Northern Silence Productions adalah yang paling catchy setakat ini. The Circle menghidangkan 11 trek yang berkisar tema kitaran hidup dan mati. Jadi boleh expect lah rollercoaster of emotions. Ditambah pula dengan pengaruh seperti Alcest dan Lantlôs, jelas sekali direction Heretoir yang mengimbangi antara Metal dan Post-Rock yang membuai perasaan. Malah vokalis Alcest sendiri membuat penampilan di trek 9. Nice.

Saya perlu memuji songwriting dalam The Circle yang berjaya mengimbangi antara bleak harshness Metal dan Post-Metal/Rock yang membuai jiwa, susah untuk pinpoint trek yang lemah. Gitar yang ada kalanya clean (jelas sekali terpengaruh stail Post-Rock) dan boleh jadi tajam menikam di saat seterusnya. Instrument-wise, gitar banyak memandu dengan gitar yang berlapis-lapis antara build-up Post-Rock yang atmospheric kepada sound berat Black Metal. Begitu juga dengan vokal yang alternate ear piercing shrieks kepada lontaran sayu clean vocals. Dram pada saya sangat unik untuk album The Circle yang memberi contrast antara sound Post-Rock dan Black Metal dengan permainan yang bervariasi. Pada saya, The Circle adalah album yang indah dengan pelbagai emosi yang kompleks. Saya sangat syorkan kepada mereka yang nak cuba mula dengar Post-Black Metal.

The Circle terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Alcest, Lantlôs, Sylvaine, Suldusk, Harakiri for the Sky

1 thought on “Heretoir – The Circle [Full Length, 2017]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected