Gravehuffer – NecroEclosion [Full Length, 2021]

0

Gravehuffer adalah band Amerika yang mencampur-aduk Death Metal, Thrash Metal, Hardcore Punk, dan Grindcore dalam satu, menjadikan sound mereka cukup diverse (walaupun Death dan Thrash sebenarnya saling berkait, sama juga HC Punk dan Grindcore) untuk didengar. NecroEclosion merupakan terbitan penuh ketiga mereka yang diterbitkan melalui Black Doomba Records pada 15 Januari 2021.

 Kebanyakan band yang mencampurkan pelbagai stail dalam muzik mereka cenderung untuk have fun dalam terbitan dihasilkan (walaupun ada je band yang main sumbat dan berakhir dengan hasil yang disjointed dan perit nak didengar). Gravehuffer kedengaran less serious dan masih mampu untuk menghasilkan lagu-lagu yang berapi lagi tight. Dari seganas Death Metal dan Grindcore yang mencabut muka, ke trek yang Punk yang selamba tekak hinggalah ke Thrash Metal yang membedil pendengaran. Dan banyak trek yang dihidangkan memanfaatkan sample daripada TV show, ucapan dan filem. 

NecorEclosion sebenarnya macam pengalaman naik rollercoaster. Ada masa menerjah turun akibat big drop, ada masa chill dan gelak-gelak sewaktu mendaki ketinggian, ada ketika barai melalui selekoh yang berisiko tak ingat. Disebabkan ini NecroEclosion mempunyai dinamik yang ekstrim, kejap brutal, kejap rasa nak tergelak, kejap rasa nak berpusing mosh (walaupun sorang-sorang aje). Dan sebenarnya Gravehuffer pun tak setakat menggunakan instrument Metal yang standard sahaja seperti gitar, bass, dan dram. Sebaliknya turut menyelitkan horns yang buat saya keliru. Eh, tengah berpusing-pusing ganas ni tiba-tiba ada horns meniup. Rasa macam epic pulak ada horns meletus-letus di belakang. Best jugak.

Saya fikir ini ada terbitan yang fun dan berat untuk dinikmati. Ini adalah bukti ada masanya mencampur-aduk stail really paid off the risk, walaupun bukan semua band boleh pull it off. Untuk pendengar Metal yang tak kisah dengan stail dirojakkan, anda kena dengar NecroEclosion!

NecroEclosion kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Venomous Concept, Mastodon, Voivod, Morbid Angel, Aus Rotten

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected