Nordicwinter – Desolation [Full Length, 2020]

0

Saya memang ada soft spot dengan Atmospheric/Depressive Black Metal. Dengan feel yang sejuk-sejuk, sedih-sedih dan bersalut rasa marah, susah untuk saya katakan tidak apabila melihat album penuh Nordicwinter, sebuah solo projek dari Kanada ini. Album ketiga yang berjudul ‘Desolation’ ini asalnya diterbitkan pada 2020 dan menerima keluaran semula untuk 2021 melalui Hypnotic Dirge Records.

7 trek termasuk 2 instrumental ini check all the boxes untuk sebuah band DSBM; feel pessimist dan mendayu daripada keyboard, gitar yang buzzing akin to Burzum earlier outputs (ada ketika clean guitar yang invoke negativity), drumming yang fairly simple (atau pakai mesin), vokal yang terlolong bak diseksa. Genre DSBM ni sebenarnya hit and miss untuk saya kerana ada yang benar-benar craft stail mereka menjadi unik dan distinguishable selain serius. Namun ada jugak yang sekadar bedroom projek dengan  kualiti rakaman dan penulisan lagu yang merapu. Nordicwinter tergolong dalam kategori pertama, obviously.

Secara amnya, Nordicwinter cenderung untuk memanfaatkan permainan piano untuk mengekalkan mood kelam, selain dipandu oleh gitar yang berbunyi nyamuk (sengaja agaknya dibuat begitu) yang memainkan feel yang sayu. Ditambah pula dengan solo yang bermelodi hiba (macam solo Rock 80an Malaysia), aduh memang menusuk jiwalah. Dram tidaklah bervariasi, kebanyakannya sluggish dan ada masa pedal berkembar melanyak masuk. Saya kira the weakest point of the album ni adalah dram lah. Itu pun sebenarnya bukanlah teruk pun. Saya sukakan overall feel DSBM yang dihidangkan; bermelodik, hiba, dan tangkap jiwa. Sesuai untuk diputarkan di waktu PKP ini, or maybe anytime you’re feeling sad.

Desolation kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Thy Light, Mist of Misery, Woods of Desolation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected