Unreqvited – Empathica [Full Length, 2020]
Masih segar daripada mengeluarkan split EP dengan Sylvaine hari tu (dan juga beberapa terbitan lain dalam separuh tahun pertama 2020), projek solo Atmospheric/Post-Black Metal, Unreqvited kini keluarkan pulak album penuh berjudul Empathica melalui Northern Silence Productions. Rajin betul!
Buat yang kurang familiar, Unreqvited ni lain sikit stailnya. Memainkan Atmospheric/Post-Black Metal tanpa lirik. Well, melainkan anda kira jeritan kosong ‘Aaaaa Waaaaaaarghh’ sebagai lirik, tu lainlah. Namun inilah kelebihannya. Unreqvited berpeluang menampilkan lebih emosi melalui instruments yang digunakan. Saya suka melihat Unreqvited selaku sebahagian daripada gerakan Blackgaze; stail Metal yang berkecamuk kemudian di compensate dengan crescendo post-rock/shoegaze yang cukup cathartic, namun lebih cenderung ke softer side.
Empathica merupakan terbitan yang mesra telinga. Malah saya rasa elemen Metal yang ditampilkan tak berapa ada sangat. Setakat beberapa bahagian sahaja dengan drumming yang berdentum dengan pedal berkembar dan gitar yang harsh. Selebihnya menampilkan arrangement symphony dan permainan stail post-rock.
Saya cukup terpesona dengan interplay dan struktur antara keyboard dan gitar yang well thought (sebenarnya dah macam totally post-rock pun ada) serta jeritan Aaaa Aaa (saya tau ini lucu, tapi seriously ni aje nyanyian yang ada yang membentuk dinamik lagu-lagu dalam Empathica. Setiap bahagian ditulis untuk melengkapi, bukan sekadar afterthought.
Saya kira Empathica adalah terbitan yang menjalin emosi melankolik dan majestic dalam setiap treknya, dan mungkin dibayangkan seperti runut bunyi untuk filem fantasi (seperti The Golden Compass atau The Chronicles of Narnia). Ia bukanlah Black Metal dalam ertikata sebenar, malah seperti further away daripada sound Metal sendiri. Namun, ini adalah terbitan yang enjoyable.
Empathica kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital.
FFO: Alcest, Sylvaine, Skyforest