Tomb – Gates of Gehenna (EP2019)

0

Tomb merupakan antara band yang agak misteri line up nya. Memperjuangkan irama Death/Black Metal, Tomb yang wujud pada 2014 telah menghasilkan sebuah demo bertajuk Unholy Ritual (baca review disini) di bawah Gempita Records pada 2015 disusuli Black Crucifixion (EP2016) dibawah Virus Rekordz. Pada 2019, usaha dari Tomb mendapat perhatian sebuah label dari Argentina iaitu Zzooouhh Rex dan Zombi Danz Records (Belgium) dimana Gates of Gehenna (EP2019) telah dilahirkan secara rasmi sekitar November 2019. Pengeluaran untuk format digipak CD oleh Zzooouhh Rex (Argentina) dan Zombi Danz Records (Belgium) manakala Gedebe Rekords (Malaysia) telah mengeluarkan untuk format kaset/tape.

Artwork oleh Sarcophagus
Layout oleh Moondusk
Tracklist :
1 – Hymntromancy
2 – Azazel’s Torch
3 – Temple of Perversity and Lust
4 – Ceremonial Oath of Blasphemy
5 – Rites of the Ancient
6 – The Black Messiah
7 – Outromancy (Goat of Mendes)

Infomasi melalui cover sleeve, Gates of Gehenna (2019) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Funeral Tomb Studio sekitar September 2018 sehingga January 2019.

Tomb – Hymntromancy – Azazel’s Torch

Jika diamati music bawaan Tomb, anda pasti akan terkenang akan band Abhorer. Pengaruh Abhorer yang sangat kuat dan ianya tidak dapat disangkal apabila didalam cover sleeve EP ini dinyatakan Abhorer dan Rator merupakan pejuang Death/Black Metal yang mereka sanjungi.

Rakaman Gates of Gehenna berada dalam standard tersendiri untuk sebuah produk yang cuba mengembalikan suasana dan sound era 90’s. Sesuatu yang bagusnya mutu bunyi akhir cukup baek dan mereka bukanlah band yang sekadar pejuang 90’s dengan sound analog malah mereka menghasilkan rakaman dengan mutu bunyi yang jelas dan tidak mahu menjurus kedalam sound2 yang raw.

Penggemar Black Death Metal disarankan memiliki album ini. Cukup perasa old skool, semangat awal 90an yg cukup kuat. Dapatkan Tomb – Gates of Gehenna (2019) untuk format digipak CD dan untuk format kaset sila berhubung secara terus dengan Gedebe Rekords melalui link dibawah.

Sebelum menutup entry ini adalah lebih baek jika gua nyatakan discography Tomb untuk anda miliki..
– Unholy Ritual (Demo 2015) – Gempita Records (Malaysia)
– Black Crucifixion (EP 2016) – Virus Rekords (Malaysia)
– Gates of Gehenna (EP 2019) – Zzooouhh Records (Argentina) / Zombi Danz Records (Belgium) / Gedebe Rekords (Malaysia)

Tomb
Email

Gedebe Rekords
Email
Facebook (Wan Gedebe)

Zzooouhh Rex (Argentina)
Email

Zombi Danz Records
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected