Rotgut adalah sebuah band grindcore yang sememangnya antara yg berada dalam list band2 Grindcore tempatan yang berjaya menambat hati gua yang sedia maklum tepu dengan irama2 bingit. hahahaha.. Fear (2019) merupakan full length pertama mereka selepas menghasilkan demo, EP, split sepanjang kewujudan mereka. Usaha menghasilkan album penuh ini nampak memakan masa yang agak lama untuk direalisasikan dan kerjasama bersama 321 Go Distro ternyata membuahkan hasil untuk pendengaran pentaksub2 irama Grindcore amnya.

Ajoi (Guitars), Ameer (Bass), Paloh (Vocals), Adal (Drums)

Tracklist :

1 – Dis-illusion
2 – Fear
3 – Body
4 – Venom
5 – Machine
6 – Wall
7 – Tyrant
8 – Blasphemy
9 – Failure
10 – Black
11 – Final
12 – Utopia/Dystopia
13 – Cursed

Fear (2019) menjalani proses rakaman di Iseek Studio. Proses rakaman ini boleh dikira sebagai rakaman berperingkat dimana ianya dimulakan sekitar April 2016, November 2017 sehingga March 2019. Proses mix dan mastering turut dilakukan di Iseek Studio.

Fear boleh dikatakan sebuah produk yang dihasilkan seminima mungkin. Cukup jujur dengan rakaman instruments yang hanya menggunakan basic instrument. Apa yang didengar ketika live, itu lah yang dipersembahkan didalam album ini.

Secara teknikalnya, bila disebut Grindcore, sudah pasti pengaruh2 besar seperti napaklm Death, Terrorizer malah Nasum terkandung didalam rencah muzik ciptaan mereka. namun pengaruh Punk/Violence tetap boleh dihidu didalam keseluruhan album ini.

Rakaman yang cukup baek dan tidak mengharapkan sound yang meletup dan melambung2. Ianya cukup untuk menunjukkan Rotgut adalah band yang membawa jenama Grindcore dengan elemen2 pantas, lagu2 yang pendek, pekikan tanpa belas dan drumming menggila. Selaku rakyat Malaysia, Rotgut menyelitkan dialog filem 60an (zaman hitam putih) didalam sebuah track bertajuk Blasphemy.

Setakat ini, Fear (2019) hanya dikeluarkan dalam format kaset/tape sahaja. Ianya boleh dibeli dengan harga RM15 by hand. Sila hubungi 321 Go Distro untuk copy anda. Pentaksub Grindcore, anda disarankan memiliki album ini!!!!

Rotgut
Email
Bandcamp

321 Go Distro
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected