Omnivious – Assaulter (2019)
Duo gitarist dari band Progressive Death Metal tanahair Symbiotic In Theory, Areef Iskandar dan Hazmeer Rojani muncul dengan sebuah projek Technical/Progressive Death Metal yang menjurus kepada instrumental. Omnivious pertama kali diperkenalkan melalui laman sesawang facebook mereka dimana tidak lama kemudian mereka menyajikan sebuah single sebagai pengenalan kepada music gabungan mereka yang cuba lari dari apa yang mereka lakukan di dalam Symbiotic In Theory. Assaulter (2019) merupakan buah tangan yang agak berani dari mereka dimana full length ini diterbitkan sendiri oleh mereka dengan langkah yang profesional dari setiap segi. Ok, ayuh kita layan apa yang terkandung didalam Assaulter (2019).
Assaulter (2019) melalui proses rakaman, mix dan mastering di DapoRekod. Proses engineering, mix dan mastering dilakukan oleh Areef Iskandar.
Mendengar album ini secara berterusan (bagi pendengar karya Symbiotic In Theory) ternyata gua andaikan duo gitarist ini sememangnya kaki technical, shredder dan mencuba sesuatu yang baru dalam ciptaan karya2 terbaru mereka. Bagaimana mahu lari jika santapan harian dan jari jemari hanya mahukan music berteknikal tinggi.. hahaha..
Ok, pernah gua review dahulu album Tempered Mental dan gua rasa Assaulter ini juga akan menjadi antara material yang bakal dicari dan dikaji oleh pemuzik pada masa hadapan. Anda yang tengah ligat dengan music berat ketika ini, sila lah grab cepat album ini.
Jika ditanya album ini seakan band apa untuk dibuat bandingan, bolehkah gua sebut Necrophagist sahaja? Ohhh tidak.. ada bau2 Dimmu Borgir, Fleshgod Apocalypse, Bottled Science, Meshuggah dan sedara2 Alkaloid.
Selain meletakkan album Assaulter (2019) ini sebagai sebuah album instrumental, sebuah track berjudul Omnisinner disediakan khas sebagai track bervocal dengan Azizudin Adnan selaku vocalist Symbiotic In Theory menyumbangkan growl dan satu perkara lagi yang best berkenaan track ini ialah ianya menggunakan lirik 100% Bahasa Melayu! Ok, last… nak dengar lagu cover dari Silkhannaz bertajuk Sinner Burning? Sila lah beli CD ini..
Sound produksi yang bagus dan pasti boleh diberi lebih injection jika melalui proses rakaman distudio yang lebih profesional. Ok, dibawah ini ada beberapa track yang di beri preview melalui channel youtube mereka. layan dulu ok!
Assaulter (2019) boleh diperolehi dalam dua versi iaitu fizikal dan digital. Untuk versi fizikal, Assaulter (2019) dikeluarkan dalam format pro-printed CD (poket CD) dan boleh diperolehi dengan harga RM25 by hand.