Paganizer – The Tower of the Morbid (2019)

1

Band Death Metal dari Gamleby, Sweden ini bakal kembali mengganas dengan album ke 11 bertajuk The Tower if the Morbid (2019). Masih kekal dibawah naungan Transcending Obscurity Records (India), Paganizer yang diteraju oleh mastermind Rogga Johansson (seorang pemuzik Metal yang cukup aktif bersama pelbagai band dan menghasilkan material dengan produktiviti yang tinggi dan baru sahaja mereleasedkan album solo bertajuk Entrance to the Otherwhere pada July 2019) seakan tidak akan berhenti dari menghasilkan music Death Metal. Album ke 11 ini akan berada dipasaran secara rasmi pada 27 October 2019.

Rogga Johansson (Vocals/Guitars), Matthias Fiebig (Drums), Martin Klasen (Bass), Kjetil Lynghaug (Guitars)
Artwork oleh Dan Seagrave
Layou
Tracklist :
1 – Flesh Tornado
2 – Apocalypse Writings
3 – Cannibal Remains
4 – Drowning in Sand
5 – Redemptionless
6 – They Come to Die
7 – Rot Spreads
8 – Beneath the Gauze
9 – The Tower of the Morbid
10 – Purge the World
11 – Demented Machines

The Tower of the Morbid (2019) adalah disarankan kepada penganut2 Death Metal. Ini adalah sebuah produk dari Paganizer yang agak agresif malah beberapa review dari luar negara memberi peratusan yang tinggi untuk album ini.

Secara keseluruhan The Tower of the Morbid (2019) boleh dikatakan sebuah album yang agak terbaek dari Paganizer. Kental dengan elemen Death Metal, sound dan tone yang padu dan lazat untuk penggemar sound2 berat. Beberapa solo gitar yang kadangkala kedengaran agak syahdu (gua refer solo-solo gitar The Black Dahlia Murder album Miasma) dan kena dengan mood lagu yang dicipta. Nampak setiap line up memberi komitmen terbaek selain kerjatangan sound engineer untuk rakaman ini.

Dari segi sound produksi, The Tower of the Morbid (2019) adalah terbaek dan cukup sedap didengar. Tiada sebarang cacat cela sepanjang pendengaran gua akan album ini.

The Tower of the Morbid (2019) didatangkan dalam beberapa format fizikal seperti digipak CD, boxset CD (mengandungi digipak CD, Non-tearable poster, Autographed card, Metallic paper sticker, Magnet, Patch dan Badge), Merge & Splatter LP Boxset (mengandungi Autographed card, Coaster, Patch, Badge, Non-tearable poster dan keychain/bottle opener), Tri-colour merge LP & Transparent Green with Multiple Splatter LP. Untuk versi digital, urusan purchasing boleh dilakukan melalui laman bandcamp Transcending Obscurity Records.

Penganut Death Metal boleh mencuba album ini. Recommended!!!!

Paganizer
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

1 thought on “Paganizer – The Tower of the Morbid (2019)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected