Visitant – The Sword Without Eyes (2019)
Versi pertama The Sword Without Eyes pernah kami review (KLIK UNTUK BACA), manakala versi untuk format kaset/tape keluaran semula dari Gedebe Rekords mengandungi penambahan 3 buah track dimana dua darinya adalah track dari kompilasi dan sebuah unrelease track berbentuk akustik. Visitant band yang cukup unik dari Kuantan Pahang sememangnya punya bakat luar biasa dalam song arrangement yang rata-rata sedap didengar dan dihayati. Ditubuhkan pada 1996 dan melalui tempoh pertapaan sekitar 2000 sehingga 2008, menyaksikan Visitant tampil dengan karya-karya yang cukup matang dan mampu untuk pergi lebih jauh. Visitant dianggotai oleh Usop (Drums/Percussion), Hafiz (Bass), Fizan (Guitars/Vocals) dan Rasfan (Guitars/Synths/Vocals).
Empat track untuk side A ternyata merupakan hasil yang cukup gah dari Visitant dimana keempat-empat track adalah karya yang dimuatkan didalam The Sword Without Eyes (CDEP 2012). Dengan susunan music yang menarik, walaupun bertunjangkan music Black/Death jelas kedengaran kepelbagaian elemen seperti Melodic, Symphonic, sehingga Pagan Metal boleh dihidu didalam komposisi lagu2 ini. Highlight mungkin patut diberi untuk side B dimana track Realm of the Night yang terkandung didalam kompilasi Grandeur of the East (2016) keluaran Celestial Frequency ternyata membuktikan Visitant masih kekal mahu makin maju dengan komposisi terbaru yang cukup merbahaya. Before the Sunrise yang merupakan cover song dari Silent Death boleh gua anggap sebagai track paling berjaya untuk kompilasi Tribute to Silent Death (2012) kerana Visitant berjaya membawa kelainan yang cukup baek dengan trademark music mereka. Permainan synth yang mewarnai latar track ini sungguh mengagumkan disamping penyampaian vocal sahut menyahut yang cukup mengasyikkan. Walaupun dibawa dengan cara Visitant, ternyata root lagu asal tidak dibuang begitu sahaja. Versi akustik Nida’ Lil Haq dibawa dengan penuh santai dan tone drum yang organik menambah seri track berbahasa Arab ini.
Sound produksi yang terbaek cukup untuk membuktikan produk2 Visitant perlu diangkat setinggi-tingginya. Sejak kelahiran EP 2012, Visitant menitiberatkan mutu bunyi akhir yang cukup bagus.
Secara keseluruhan keluaran semula The Sword Without Eyes (2019) adalah antara material yang patut menjadi simpanan mereka yang mengenali music Visitant sejak dari kemunculan awal split bersama Tasyim pada 1999 dahulu lagi. Ini adalah himpunan karya-karya terbaek Visitant.
Untuk urusan pembelian, sila berhubung secara terus dengan Gedebe Rekords melalui email yang disertakan dibawah. Perlu dinyatakan versi tape/kaset ini dikeluarkan secara limited. Dapatkan sebelum ianya kehabisan.
Gedebe Rekords
Email