Appäratus – Absurd19 (2019)
Appäratus merupakan antara band tempatan yang harus diberi perhatian tinggi kerana komitmen sebagai pemuzik yang diberikan mereka. Bukan sebarangan band kerana keberanian dan kesanggupan melakukan tour eropah sebanyak tiga kali (baru menamatkan tour ketika entry ini ditulis). Terkini di bawah label Legion Music, Absurd19 (2019) telah membuktikan Appäratus lebih bersedia dan tidak akan berganjak dari apa yang telah mereka lakukan dan pasti akan lebih maju kehadapan dengan pegangang music Crust/D-beat ciptaan mereka.
Absurd19 (2019) melalui proses rakaman di Studio Route33 (Kg Santing Pengalat Besar, Papar Sabah) sekitar May sehingga June 2019. TJ Andez yang juga pemain bass bertindak sebagai engineer rakaman dan turut bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering.
Dengan total durasi selama melebihi 19 minit, Absurd19 ternyata masih membuktikan Appäratus merupakan antara band beraliran Crusty/Punk yang boleh dianggap raja untuk music sebegini di tanahair amnya. Ok, kita berbalik kepada Absurd19.
Fear of the War Mental selaku track pembukaan untuk album ini ternyata memberi semangat jitu melalui komposisi yang straight forward, fast dan rancak. Jelas ini bukan sebarangan band. Appäratus tahu intipati yang bersesuaian untuk music bersemangat sebegini. Dengan track2 pendek yang tidak melebihi 3 minit (rata-rata track berdurasi antara bawah 1 minit sehingga menghampiri 3 minit), ternyata segala kerancakkan, bedilan drum bertubi-tubi dan riffing yang menyeksa jiwa dipermampatkan dalam menghasilkan karya-karya terbaru ini. Tidak jauh dari apa yang mereka lakukan dari material2 terdahulu. Kerancakkan ditambah menjadi gila babi apabila cover song pertama dari D.T.A.L bertajuk Time to Die diselitkan. Cukup chaos dan bakal menggila jika dimainkan dipersembahan pentas. Sebuah lagi lagu cover yang turut dimuatkan adalah dari band DNA bertajuk Slaktad.
Bercakap mengenai sound produksi, Absurd19 merupakan sebuah produk yang tidak terlalu bersih namun cukup bersesuaian dan “kena” dengan konsep Crust yang dibawa oleh Appäratus. Sesuatu yang menarik, overall kesan bunyi akhir kedengaran cukup organik terutama untuk track drum.
Track pilihan : Fear of the War Mental, Time to Die (D.T.A.L cover), Violent World = Your World, Radical Stench.
Absurd19 (2019) didatangkan dalam beberapa format fizikal seperti digipak CD oleh Legion Records yang boleh diperolehi dengan harga RM40 by hand, piring hitam oleh Rawmantic Disaster & Wild-Wild East (Germany) dan limited tape oleh