Vociferation Eternity – Disclose the Shining (EP2020)

0

Menjelang 2020, boleh dikira sebagai sudah 8 tahun Vociferation Eternity tidak mengeluarkan sebarang material terbaru secara rasmi sesudah lahirnya split CD bersama Nekrad bertajuk Dragonia Pegaso (2012). Melahirkan sebuah live album pada April 2019, ianya seakan kegianan yang tak sudah kepada penggemar irama Melodic Metal. Di bawah Legion Music, sebagai pembukaan tahun 2020, Disclose the Shining (EP2020) telah dilahirkan menandakan bahawa Vociferation Eternity masih punya buah tangan terkini untuk pendengar dan peminat, malah dinyatakan juga susulan dari penghasilan EP ini kerja2 penghasilan album rasmi ketiga adalah dalam progress dan akan menemui pendengar dalam tahun ini juga.

Tracklist :
1 – Birth of Emerald
2 – Dark Oath
3 – In Aeternum
4 – Chant of Sadness

Melalui cover sleeve, agak limited infomasi berkenaan rakaman mini album ini. Hanya melalui laman sesawang facebook, dapat di intai rakaman drum dan vocal dilakukan di Helios Studio, Petaling Jaya.

EP ini memuatkan 2 buah lagu terbaru iaitu Birth of Emerald dan Dark Oath, manakala In Aeternum yang diambil dari album pertama Ocean Myth (1996) dan Chant of Sadness dari EP For Thee (2002) melalui proses rakaman terbaru.

Highlight kepada EP ini adalah 2 lagu terbaru yang pada pendengaran kami, Birth of Emerald lebih menjurus kepada gaya permainan asal album pertama Ocean Myth (1996) manakala Dark Oath kedengaran agak eksperimental dari segi olahan dan progression komposisi lagu.

Sound produksi berada dalam kondisi terbaek. Selain itu melalui 2 lagu terbaru ini masih jelas menampakkan Vociferation Eternity masih kaya dengan melodi-melodi indah dan segar. Perkara ini pasti diakui oleh penggemar genre Melodic Metal terutama mereka yang mengikuti perjalanan Vociferation Eternity.

Disclose the Shinning (EP2020) boleh dibeli dengan harga RM25 by hand. Atau anda boleh menghubungi secara terus melalui link2 Legion Music yang kami sediakan dibawah.

Vociferation Eternity
Facebook

Legion Music
Email
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected