Sunless – Ylem [Full Length, 2021]

0

Album terkini daripada Sunless, unit Technical Death Metal dari AS yang berjudul Ylem ini adalah liar, unhinged dan mengancam. Ylem menggunakan acuan Technical dan Dissonant Death metal dalam executionnya menjadikan ini antara terbitan Willowtip Records yang patut didengar untuk tahun ini.

Ylem sekadar mencatat durasi 39 minit untuk 8 trek yang dihidangkan, tapi bagi saya ia dah lebih daripada mencukupi apabila pendengaran saya dibalun dengan sonic attack yang disorienting dan pulsating. Seperkara yang saya fahami daripada Ylem adalah tendency mereka untuk bermain dengan kemas sekalipun dalam suasana yang chaotic, kalau nak dibandingkan dengan band-band stail Dissonant yang seangkatan, memandangkan mereka masih mengekalkan structure yang clear dan sound bersih serta kurang merayau-rayau. 

Saya menyukai tone instruments Sunless yang sangatlah crisp dan clear. Department dram yang kental, terutamanya snare yang warm, sedap betul dengar blasting yang bertubi-tubi, ditambah pula dengan paluan bass dram yang membelasah tanpa belas kasihan. Tone gitar pula co-exist dengan bass yang melantun-lantun memberikan sound yang rich dan berlemak padu sekalipun dalam bahagian-bahagian yang kompleks untuk dimainkan. Ylem menjamu anda dengan execution garang, tanpa kompromi sepanjang 8 trek yang sebenarnya agak gila untuk dihadam, tapi macam saya cakap tadi, Sunless lebih accessible berbanding band-band Dissonant Metalnya yang lain. Nak tau, kena dengar!

Ylem kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Gorguts, Ulcerate, Pyrrhon, Ad Nauseam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected