Spire – Temple of Khronos [Full Length, 2021]

0

Temple of Khronos merupakan terbitan penuh kedua daripada unit Progressive/Psychedelic/Post-Back Metal Australia yang bernama Spire ini. Album yang diterbitkan melalui Sentient Ruins Laboratories ini sebenarnya seakan deconstruct definisi Black Metal dan meletakkannya dalam acuan mereka yang bizarre, dark dan for some reason, forward thinking.

Kenapa saya sebut forward thinking? Sekali dengar, Temple of Khronos tidak jauh beza dengan stail Black Metal yang biasa didengari, namun Spire menyelitkan approach dan stail non-standard secara subtle dalam songwriting mereka seperti permainan gitar yang dissonant serta bergema di beberapa tempat, ada juga masa gitar seakan merayau-rayau dengan form yang pelik (mengingatkan saya kepada album Mayhem ‘Grand Declaration of War’), struktur lagu yang mempunyai build-up yang interesting serta terrifying, kepelbagaian vokal yang eksperimental, dari tempikan hilang akal, nyanyian seakan koir dan paling menarik sekali ada bahagian yang mendemonstrasi scat singing (yang biasa ada dalam jazz!) bertukar ganti kepada vokal. Memang bervariasi, pulak tu buat rasa macam album ni seakan mocking kewarasan saya dengan feel yang jahat dan demonic.

Saya menyukai Black Metal bawaan Spire yang rich dengan pelbagai approach dan tidak mengikut stail yang conventional. Ia masih blistering dan savage, namun dengan complexity yang mengagumkan. Ia tetap Black Metal dengan gitar yang tajam, drumming yang savage tetapi diperkaya dengan elemen yang non-standard yang disorienting. Inilah sebabnya saya menggelar mereka sebagai band yang forward thinking. Saya syorkan peminat Black Metal yang ingin discover Black Metal yang tidak patuh dengan stail trve kvlt untuk mendengar Temple of Khronos.

Temple of Khronos kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset, dan muat turun digital.

FFO: Mayhem, Ulcerate, Blut Aus Nord, Deathspell Omega

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected