Chainsword – Blightmarch [Full Length, 2021]

0

Oooh Death Metal bertemakan perang! Chainsword ialah unit Death Metal dari Poland yang baru mengeluarkan album sulung mereka berjudul ‘Blightmarch’ yang diterbitkan melalui Godz ov War Productions pada 27 Februari 2021.

Chainsword jelas sekali memuja stail Death Metal yang dipelopori Bolt Thrower; mid-paced, sedikit groove dan bertemakan perang. Malah vokalis Chainsword mirip Karl Willet, jika anda dengar betul-betul. Sound gitar yang rangup memandu Chainsword dengan permainan yang mid-pace hinggalah laju. Bukan setakat itu, riff-riff mereka disuntik dengan sedikit groove, jadi takdelah bosan dan straight forward sangat. Saya fikir kualiti rakaman mereka adalah decent untuk sebuah terbitan Death Metal memandangkan mix yang agak balanced untuk saya dengar semua instruments dan vokal.

Saya ada satu soalan saja. Kenapa Chainsword seakan tidak pandai judge lagu mereka  mana yang catchy atau tidak? Okey, ini masalah yang saya nampak. Secara amnya Blightmarch adalah bagus. Tiada masalah dengan kemampuan mereka mengendalikan instruments, malah saya agak suka dengan keputusan mereka menyelitkan audio sample daripada filem yang mengukuhkan feel perang. 

Chainsword hanya menyinar menjelang penghujung album dengan 4 lagu terakhir yang membuatkan saya benar-benar beri tumpuan apa yang dimainkan. Trek-trek ini menarik perhatian saya dengan riff-riff yang agresif (yang masih berpengaruhkan Bolt Thrower, obviously) dan berdinamik mantap dengan vokal, permainan gitar dan dram yang bervariasi serta in your face. Jadi kenapa trek-trek terawal album ini terasa biasa sahaja? Paling penting kenapa tidak lagu-lagu terakhir album ini disusun sebagai trek pembuka? Chainsword perlu lebih peka dengan isu ini di keluaran akan datang, seriously.

Blightmarch kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Bolt Thrower, Hail of Bullets, Memoriam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected