Demon King – The Final Tyranny [EP, 2021]
Demon King adalah band Blackened Technical Death Metal yang agak muda dari AS. Ditubuhkan pada 2019, The Final Tyranny adalah EP sulung mereka yang diterbitkan melalui The Artisan Era pada 12 Februari 2021.
Pertama sekali, jika anda mendengar Demon King dengan mengharap Black/Death Metal yang standard seperti Behemoth, Anaal Nathrakh atau Belphegor, you’ll be sorely disappointed. Demon King melalui EP mereka mendemonstrasi gaya Blackened Death Metal moden yang diselit elemen Technical seperti Arsis, Obscura, Necrophagist, Old Man’s Child dan beberapa stail yang mendekati American Metalcore bercampur Progressive.
Susah nak pinpoint but I think you get what I mean. Riffs yang kompleks mendominasi EP ini dengan gitar seakan melompat-lompat dengan bass yang berdenting-denting menambah perisa Tech yang cukup obvious dengan tempo changes kerap kali berkali. Namun ada masa stail Technical akan lenyap dari pendengaran dan mula incorporate stail Symphonic Black Metal (yang jelas sekali American ya) seakan Abigail Williams di era In the Shadow of a Thousand Suns.
Namun satu perkara yang saya yakin, ini adalah EP yang impressive yang penuh dengan idea yag cuba memecah monotony. Tapi, ada masa macam overwhelmed pula dengan pelbagai influence cuba disumbat membuatkan EP ini terasa tidak cohesive. Perlu juga pertimbangkan yang EP ini adalah terbitan rasmi pertama mereka jadi adalah normal untuk band kelihatan tidak konsisten, tapi selagi mereka mempunyai idea yang bagus, wajarlah mereka terus perkembangkan di keluaran akan datang. The Final Tryanny adalah EP yang blazing fast dan facesmashing dengan teknik dan diversity of influence di dalamnya. Stail mereka mungkin unrefined, namun saya percaya dalam satu atau dua terbitan lagi mereka akan menemui rentak yang sepadan dengan jiwa mereka.
The Final Tyranny kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.
FFO: Arsis, Obscura, Old Man’s Child, Abigail Williams