Midnight Betrothed – Bewitched by Destiny’s Gaze [Compilation, 2021]

0

Australia adalah benua yang banyak melahirkan bakat-bakat Metal yang non-standard dan mengagumkan. Dari OSDM, Metalcore, Bestial Black Metal, banyak lagi. And then there’s Midnight Betrothed, sebuah projek solo yang susah dikategorikan. Kalau sekali dengar, rasanya seakan Atmospheric/Symphonic Black Metal dengan elemen Dungeon Synth. Baru-baru ini kompilasi ‘Bewitched by Destiny’s Gaze’ telah dikeluarkan melalui Northern Silence Productions, yang mengumpulkan material daripada demo ‘To Follow Your Spirit into the Night…’ dan ‘Indulgence in Eternity’.

Jadi apa yang buat saya susah nak definisikan band ini? Midnight Betrothed menampilkan muzik yang didominasi keyboard dan synth dengan instruments lain seperti gitar dan dram cukup terkebelakang dalam mix. Tambah pula keyboardnya cukup berbunga-bunga dan indah, membentuk structure lagu yang antara bombastik, fantasy dan romantik, tapi dark dengan kehadiran gitar Black Metal yang buzzing (memang literally bunyi nyamuk) serta drumming yang minimalist dan berbunyi mesin (seperti Summoning). I’m not gonna lie, I really enjoyed the songs. It’s like Black Metal and Ambient meeting half-way. ‘Bewitched…’ menggabungkan sound synth yang delicate dan uplifting tapi ditemukan dengan bunyi Black Metal yang abrasive. Saya macam keliru juga tapi lama-lama tertawan dengan stail sebegini.

Kualiti kompilasi ‘Bewitched…’ sememangnya bertaraf demo dengan overall sound yang tidak seimbang; synth/keyboard terlalu depan menenggelamkan gitar dan dram yang mungkin sengaja dibuat, kejap loud kejap perlahan dan sebagainya namun tidak menafikan yang songwritingnya cukup catchy dan menarik perhatian dan berbunyi klasik 90s Black Metal to some extent. Anda perlu dengar sendiri untuk terpesona dengan muzik bawaan Midnight Betrothed.

Bewitched by Destiny’s Gaze kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Lustre, Unreqvited, Summoning, Forlorn Citadel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected