Noctambulist – Noctambulist I: Elegieën [Full Length, 2021]

0

Banyak juga terbitan yang berpotensi bagus yang keluar pada awal tahun 2021. Antaranya adalah adalah album sulung unit Post-Black Metal dari Belanda yang menamakan diri mereka Noctambulist. Berjudul ‘Noctambulist I: Elegieën’ yang diterbitkan melalui Northern Silence Productions, ia adalah manifestasi jiwa yang rapuh dan terluka diterjemahkan dalam bentuk Post Black Metal yang berbelah-bahagi antara raging anger dan shimmering hope. Pretty intense.

‘Elegieën’ menghidangkan 6 trek yang berdurasi 48 minit menjalin sound Post-Black Metal yang atmopsheric dan Shoegaze yang mengkhayalkan selain standard quality Black Metal yang harsh. Overall bunyi yang padat hasil guitar yang bergema dan permainan yang menjentik emosi membuatkan Elegieën adalah terbitan untuk anda duduk diam-diam tepi tingkap dan reflect tentang hidup yang berlalu kebelakangan ini. Dengan kualiti rakaman yang reverb heavy, memang feel Post-Rock/Shoegaze tu kuat, ditambah pula dengan riff-riff yang emosional dan dingin menerpa pendengaran dan fikiran, terus hanyut jadinya. Vokal yang besar parau memberikan contrast yang baik kepada overall sound yang sayu, sekaligus menjadikan kebanyakanj trek ini terasa richly produced. Ada Black Metal, ada Post-Metal, ada Ambient. 

Saya takde nak complaint banyak, cuma saya berharap ada lebih banyak riff yang memorable kerana Noctambulist mempunyai idea untuk menulis lagu-lagu Post-Black Metal yang boleh tahan. Mereka perlu craft dan treat songwriting mereka dengan lebih baik agar tidak fall flat. Namun, saya tetap suka album sulung mereka yang menabur emosi yang pelbagai. Saya syorkan kepada peminat Post-Black Metal untuk check ut mereka ini.

Elegieën kini terdapat dalam format CD, kaset, dan muat turun digital.

FFO: Harakiri for the Sky, Numenorean, Drudkh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected