Seraph in Travail – A Black Death Incense [Full Length, 2021]

0

Seraph in Travail merupakan unit Symphonic Black/Death Metal dari AS yang baru mengeluarkan album penuh ketiga mereka yang berjudul A Black Death Incense pada Mac 2021. Saya agak impressed juga sebab tak sangka ada band AS yang mengeluarkan output Symphonic Black/Death Metal yang kemas dan enak didengar.

A Black Death Incense menghidangkan 8 trek yang padat dengan execution hebat selama 47 minit. Yang paling menonjol sekali, tentulah elemen symphonic yang menjadikan terbitan ini padat tanpa perlu overshadow instruments lain. Saya tak pasti sama ini dihasilkan melalui real instruments, keyboard atau programming, tetapi ia melengkapi album ini dengan membuat sound lebih penuh.

Permainan gitar pula berbunyi gabungan antara Melodic Death Metal dan Black Metal yang mengingatkan saya kepada Illnath, The Black Dahlia Murder dan Fleshgod Apocalypse. Garang dan tajam dengan riffs yang catchy dan dingin selain solo yang mencakar, ia membentuk struktur A Black Death Incense yang blazing fast bercampur epic dan melancholic pada masa yang sama. Dram juga turut memainkan peranan dengan fills dan blasts yang kemas memberikan album ini dinamik yang diperlukan. Ia tidaklah teknikal sangat, sebaliknya memberikan the necessary push untuk A Black Death Incense to not fall flat. Akhir sekali, vokal dalam album ini menyinar dengan variasi vocal delivery, dari screeching screams, deep grunt hinggalah kepada clean vocal yang crooning. Vokal yang pelbagai ini menjadikan album ini berbunyi dramatik dan memberi feel yang berbeza dalam setiap trek.

A Black Death Incense adalah antara album tahun ini yang menarik perhatian saya lantaran executionnya yang interesting dan kemas. Ia bukan sahaja catchy tapi mengimbangi antara menjadi brutal dan melodic selain memorable. It’s actually pretty accessible to any Metalheads out there. Jadi, bawa-bawalah dengar ya.

A Black Death Incense kini terdapat dalam format muat turun digital dan streaming.

FFO: Illnath, The Black Dahlia Murder, Cradle of Filth, Dimmu Borgir, Fleshgod Apocalypse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected